1
00:00:12,095 --> 00:00:14,973
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:36,953 --> 00:00:38,830
<i>Ada perkara ayah perlu beritahu.</i>

3
00:00:41,499 --> 00:00:43,084
<i>Sukar untuk menjelaskannya.</i>

4
00:00:46,921 --> 00:00:49,132
<i>Pilihan yang ayah buat,</i>

5
00:00:50,175 --> 00:00:51,509
<i>ayah lakukannya demi kamu.</i>

6
00:00:53,803 --> 00:00:54,929
<i>Demi ibu kamu.</i>

7
00:00:56,264 --> 00:00:57,891
<i>Tapi ayah tak tahu jika itu benar.</i>

8
00:00:59,017 --> 00:01:00,852
<i>Ada kalanya ia berjalan lancar.</i>

9
00:01:01,895 --> 00:01:03,646
<i>Ada kalanya ia membinasakan.</i>

10
00:01:04,647 --> 00:01:08,068
<i>Ayah tak mahu lagi</i>
<i>membuat pilihan sebegitu.</i>

11
00:01:08,568 --> 00:01:10,153
<i>Ayah tak tahu jika ayah boleh.</i>

12
00:01:11,362 --> 00:01:12,363
<i>Ayah tak tahu.</i>

13
00:01:13,073 --> 00:01:15,492
Jutawan tua bercakap dengan jurubank muda,

14
00:01:15,575 --> 00:01:18,828
dia berkata, "Saya pokai,
tinggal lima sen terakhir.

15
00:01:19,662 --> 00:01:20,663
Saya beli epal.

16
00:01:21,289 --> 00:01:23,708
Setelah digilap, harganya sepuluh sen.

17
00:01:23,792 --> 00:01:25,251
Esoknya, saya beli dua epal.

18
00:01:25,335 --> 00:01:27,337
Setelah digilap, harganya 20 sen."

19
00:01:27,420 --> 00:01:30,048
Jurubank muda berkata,
"Awak melabur sampai kaya."

20
00:01:30,131 --> 00:01:32,592
Dia berkata,
"Tak, bapa mentua saya tercekik epal,

21
00:01:32,675 --> 00:01:33,510
saya jadi kaya."

22
00:01:33,593 --> 00:01:34,969
Macam itulah.

23
00:01:36,387 --> 00:01:37,764
- Lagi dua.
- Baik.

24
00:01:39,849 --> 00:01:41,684
Rasanya ini bahagian

25
00:01:41,768 --> 00:01:45,355
awak akan kata awak lelaki yang tepat
untuk menguruskan pelaburan saya.

26
00:01:45,438 --> 00:01:47,524
Saya boleh cari cara lain untuk berhibur.

27
00:02:24,727 --> 00:02:27,480
Okey, ibu, ayah, saya bawa dia pulang!

28
00:02:29,315 --> 00:02:31,651
Beginilah cara untuk hidup, sayang!

29
00:02:32,277 --> 00:02:33,194
Okey.

30
00:02:35,238 --> 00:02:36,197
Ya!

31
00:02:37,782 --> 00:02:40,869
Siapa nak martini terkemuka saya?

32
00:02:40,952 --> 00:02:42,287
- Saya.
- Ya?

33
00:02:58,511 --> 00:02:59,971
Saya nak ke tandas.

34
00:03:00,471 --> 00:03:01,598
Ya, saya tak kisah.

35
00:03:02,182 --> 00:03:03,266
Baiklah.

36
00:03:04,517 --> 00:03:06,144
- Sedia?
- Sedia.

37
00:03:06,227 --> 00:03:09,272
Dua kali ganda!

38
00:03:09,355 --> 00:03:11,191
Sedia?

39
00:03:25,914 --> 00:03:27,707
Lekas. Mereka boleh dengar.

40
00:03:27,790 --> 00:03:29,375
Ada 30 saat, tolong saya.

41
00:03:29,876 --> 00:03:31,044
Tak dapat buka?

42
00:03:31,127 --> 00:03:32,503
Awak tak boleh tahan mereka?

43
00:03:32,587 --> 00:03:35,673
Si celaka mana guna peti besi TL-30
di dalam almari?

44
00:03:35,757 --> 00:03:39,802
Lelaki kaya. Lihat ini.
Audemars Piguet. Boleh dapat 5,000.

45
00:03:39,886 --> 00:03:41,137
Tolong saya di sini.

46
00:03:50,563 --> 00:03:52,065
Saya dah berjaya.

47
00:03:56,027 --> 00:03:56,861
Apa ini?

48
00:03:56,945 --> 00:03:58,947
Tuil besi. Di sini. Tolong saya.

49
00:03:59,030 --> 00:03:59,864
Okey.

50
00:03:59,948 --> 00:04:01,366
Okey. Masukkan di sini.

51
00:04:01,449 --> 00:04:03,117
- Satu, dua, tiga.
- Okey.

52
00:04:03,201 --> 00:04:04,244
Ya.

53
00:04:06,955 --> 00:04:07,789
Baiklah.

54
00:04:10,625 --> 00:04:11,876
Okey.

55
00:04:15,380 --> 00:04:19,050
Ya! Tidak, saya akan turun semula.

56
00:04:19,133 --> 00:04:21,219
- Mari kita pergi!
- Minumlah lagi!

57
00:04:22,553 --> 00:04:24,138
- Hei.
- Apa awak buat di sini?

58
00:04:24,222 --> 00:04:27,058
Banyak tandas.
Tapi saya tak jumpa satu pun.

59
00:04:28,059 --> 00:04:30,937
Mari tengok para gadis.
Mereka dah mula menyukai awak.

60
00:04:31,020 --> 00:04:32,897
Saya nak selesakan diri.

61
00:04:40,238 --> 00:04:42,782
Awak patut fikir tentang Chicago.

62
00:04:43,574 --> 00:04:47,578
Perlu tahan dengan musim sejuk,
tapi awak boleh buat banyak duit.

63
00:04:48,663 --> 00:04:49,539
Memanglah.

64
00:04:50,206 --> 00:04:54,002
Tentang tandas?

65
00:04:55,378 --> 00:04:57,005
Di ruang tamu dan ke kiri.

66
00:04:57,088 --> 00:04:58,131
Di ruang tamu?

67
00:04:58,214 --> 00:05:00,008
Ruang tamu yang mana? Ada banyak.

68
00:05:02,010 --> 00:05:03,303
- Yang itu.
- Yang itu.

69
00:05:06,848 --> 00:05:11,477
Gadis-gadis, saya datang!

70
00:05:19,068 --> 00:05:20,069
Hei, Ray.

71
00:05:20,153 --> 00:05:21,362
Ya, ayuh.

72
00:05:22,030 --> 00:05:23,114
Keluarkan saya.

73
00:05:24,449 --> 00:05:25,742
Celaka!

74
00:05:26,701 --> 00:05:27,618
Tunggu!

75
00:05:30,413 --> 00:05:31,664
- Tunggu dulu.
- Lekas!

76
00:05:31,748 --> 00:05:32,749
Lekas!

77
00:05:33,624 --> 00:05:35,752
Okey, sikit lagi.

78
00:05:43,551 --> 00:05:44,427
Awak okey?

79
00:05:46,304 --> 00:05:48,264
- Aduhai.
- Awak okey?

80
00:05:48,848 --> 00:05:50,350
Ya, saya okey. Ayuh.

81
00:05:50,433 --> 00:05:52,018
Bedebah.

82
00:05:55,438 --> 00:05:56,689
Celaka.

83
00:06:36,896 --> 00:06:39,982
SOSEJ LADA - LIMPA LEMBU
SOSEJ MARSALA - STIK LADA

84
00:06:40,066 --> 00:06:42,568
<i>Aku hanya mahu terbang</i>

85
00:06:43,778 --> 00:06:45,780
Ayuh, makan stik kemenangan awak.

86
00:06:47,740 --> 00:06:49,200
Bahu saya sakit.

87
00:06:49,283 --> 00:06:50,410
Awak tercedera?

88
00:06:50,493 --> 00:06:52,245
Tak, masih lebam. Saya okey.

89
00:06:52,829 --> 00:06:54,080
Berapa kita dapat?

90
00:06:55,415 --> 00:06:56,457
Tujuh puluh ribu.

91
00:06:56,541 --> 00:06:58,376
Mungkin 40 setelah dibahagikan.

92
00:06:58,960 --> 00:07:00,002
Lagi satu…

93
00:07:02,130 --> 00:07:02,964
ini.

94
00:07:03,047 --> 00:07:04,465
Celaka.

95
00:07:05,550 --> 00:07:07,301
"Jangan ambil jam," katanya.

96
00:07:08,302 --> 00:07:10,721
Awak tak boleh pakai Casio.

97
00:07:11,222 --> 00:07:13,933
Awak kena nampak elok
untuk mangsa seperti Max.

98
00:07:14,016 --> 00:07:15,768
Awak memang hebat.

99
00:07:15,852 --> 00:07:18,396
Awak cemerlang dalam keadaan tertekan.

100
00:07:18,479 --> 00:07:21,274
Jika pintu itu lebih rapat
sikit saja lagi,

101
00:07:21,774 --> 00:07:23,401
palang dikunci…

102
00:07:23,484 --> 00:07:25,027
Peti besi yang kedap udara.

103
00:07:25,987 --> 00:07:28,114
Bayangkan saya cuba
memecahkan silinder itu.

104
00:07:28,197 --> 00:07:30,575
Tak dapat buka balang jeruk,
habislah awak!

105
00:07:37,748 --> 00:07:38,749
Awak tak nak makan?

106
00:07:39,917 --> 00:07:41,085
Tak, ia untuk awak.

107
00:07:42,670 --> 00:07:43,796
Saya akan makan.

108
00:08:07,862 --> 00:08:08,696
Hei.

109
00:08:09,947 --> 00:08:10,823
Selamat pagi.

110
00:08:16,537 --> 00:08:17,663
Chicago okey?

111
00:08:17,747 --> 00:08:18,956
Bagus.

112
00:08:21,334 --> 00:08:22,585
Sangat bagus.

113
00:08:27,423 --> 00:08:29,592
- Ray.
- Saya akan bawa ini kepada Ava.

114
00:08:29,675 --> 00:08:31,511
Saya fikir nak simpan satu.

115
00:08:31,594 --> 00:08:33,930
Sepadan dengan anting-anting dari Memphis.

116
00:08:35,723 --> 00:08:36,724
Cantik betul.

117
00:08:37,433 --> 00:08:39,727
Terima kasih, sayang.

118
00:08:45,107 --> 00:08:45,942
Selamat pagi.

119
00:08:46,025 --> 00:08:49,362
Tupai kecil ini berjaga lewat
menunggu ayahnya malam tadi.

120
00:08:49,445 --> 00:08:51,656
Kamu nak beritahu ayah sesuatu?

121
00:08:51,739 --> 00:08:53,533
Saya dapat tali pinggang kuning.

122
00:08:54,617 --> 00:08:57,328
Tahniah. Ayuh. Tunjukkan gerakan kamu.

123
00:09:02,333 --> 00:09:03,793
Baiklah, berdiri tegak.

124
00:09:03,876 --> 00:09:06,003
Serlahkan rasa bangga.

125
00:09:06,087 --> 00:09:07,505
Renung ke hadapan.

126
00:09:07,588 --> 00:09:09,090
Fokus.

127
00:09:09,715 --> 00:09:11,133
Di mana keberanian kamu?

128
00:09:13,761 --> 00:09:15,221
Di mana kekuatan kamu?

129
00:09:17,723 --> 00:09:19,934
Sekarang, peluk ayah.

130
00:09:22,770 --> 00:09:24,689
Kamu berdua pergilah sarapan

131
00:09:24,772 --> 00:09:27,441
dan beri ibu masa
untuk bangun betul-betul.

132
00:09:27,525 --> 00:09:28,442
Baiklah.

133
00:09:30,361 --> 00:09:31,445
- Sayang awak.
- Sama.

134
00:09:31,529 --> 00:09:35,199
H-A-N-N-A-H.

135
00:09:37,159 --> 00:09:38,953
Dua-dua belah pun boleh.

136
00:09:40,913 --> 00:09:42,248
Boleh kita main?

137
00:09:42,331 --> 00:09:44,875
Mari kita lihat. Arah pukul tujuh.

138
00:09:46,335 --> 00:09:47,503
Sebuah keluarga.

139
00:09:48,379 --> 00:09:51,048
Ibu, anak, datuk dan nenek.

140
00:09:52,675 --> 00:09:53,801
Apa kisah mereka?

141
00:09:55,344 --> 00:09:59,682
Datuk dan nenek melawat dari Wisconsin.

142
00:10:00,266 --> 00:10:04,270
Mereka gembira sebab jarang jumpa cucu
sejak perceraian itu.

143
00:10:05,688 --> 00:10:07,273
Kamu tahu tentang cerai?

144
00:10:08,190 --> 00:10:10,067
Ibu bapa Sammy bercerai.

145
00:10:10,151 --> 00:10:13,487
Ibunya belikan anjing,
ayahnya juga perlu belikan anjing.

146
00:10:14,238 --> 00:10:17,241
Orang dewasa benarkan anak buat
apa saja setelah berpisah.

147
00:10:17,325 --> 00:10:18,326
Boleh belikan anjing?

148
00:10:18,409 --> 00:10:20,578
Saya akan jaga anjing itu.

149
00:10:21,495 --> 00:10:23,080
Pagar kita tak sesuai.

150
00:10:23,164 --> 00:10:25,708
Jadi, kita beli pagar baharu!

151
00:10:25,791 --> 00:10:27,752
Dengan bunga, nampak cantik.

152
00:10:29,503 --> 00:10:31,714
Dapatkan wang. Baru kita bincang.

153
00:10:32,381 --> 00:10:33,549
Saya suka baju mak cik.

154
00:10:33,633 --> 00:10:37,345
Manisnya kamu.
Boleh saya dapatkan apa-apa lagi?

155
00:10:37,428 --> 00:10:39,472
Saya nak pai coklat.

156
00:10:40,139 --> 00:10:41,307
Yalah itu, budak.

157
00:10:41,891 --> 00:10:43,059
Berikan bil.

158
00:10:49,690 --> 00:10:50,983
Ayah perlu buat panggilan.

159
00:10:51,067 --> 00:10:52,652
Apa-apa sajalah.

160
00:11:10,002 --> 00:11:11,295
Semuanya okey?

161
00:11:11,379 --> 00:11:15,132
<i>Ray. Kemas pakaian awak</i>
<i>sebab kita akan ke Vegas, sayang.</i>

162
00:11:18,928 --> 00:11:20,346
Tapi kita baru balik.

163
00:11:20,429 --> 00:11:23,099
<i>Ayuh. Ada ekspo penjual komputer di Sands.</i>

164
00:11:23,182 --> 00:11:25,559
<i>Senang nak buat duit dengan komputer.</i>

165
00:11:25,643 --> 00:11:29,355
<i>Boleh berjudi sebelum balik,</i>
<i>sambil menyelam minum air. Ayuh.</i>

166
00:11:29,438 --> 00:11:31,190
Saya nak habiskan sarapan.

167
00:11:38,698 --> 00:11:40,199
Kita cakap tak nak pai.

168
00:11:40,282 --> 00:11:42,368
Dia berikan juga.

169
00:11:44,286 --> 00:11:48,457
Saya cakap saya suka apron kucing dia
dan dia tanya jika saya suka kucing,

170
00:11:48,541 --> 00:11:50,209
saya cakap saya suka,

171
00:11:50,292 --> 00:11:53,212
tapi saya sedih memikirkan
tentang kemalangan itu.

172
00:11:54,046 --> 00:11:55,297
Kemalangan apa?

173
00:11:55,881 --> 00:11:57,675
Punca kucing kita terbunuh.

174
00:11:57,758 --> 00:11:58,592
Hannah!

175
00:11:58,676 --> 00:12:00,761
Saya tupai yang licik, bukan?

176
00:12:20,281 --> 00:12:22,783
Perbaiki tendangan kaki awak.

177
00:12:22,867 --> 00:12:24,744
Masuklah dan tunjukkan caranya.

178
00:12:24,827 --> 00:12:26,746
Ambil tuala. Saya sedang bekerja.

179
00:12:30,708 --> 00:12:31,542
Bagus.

180
00:12:38,257 --> 00:12:41,469
Apa pendapat awak?
Empat puluh? Lima puluh?

181
00:12:41,552 --> 00:12:43,345
Saya perlu berbincang dengan Zanetti.

182
00:12:44,221 --> 00:12:45,723
Ini lebih daripada biasa.

183
00:12:45,806 --> 00:12:47,933
Labur melalui syarikat macam biasa.

184
00:12:48,017 --> 00:12:51,103
Kerajaan sedang giat
membanteras pengubahan.

185
00:12:51,771 --> 00:12:56,066
Awak memerlukan syarikat kecil,
berliabiliti terhad di luar Delaware.

186
00:12:56,150 --> 00:12:58,068
Perundangan mengajar banyak helah.

187
00:12:58,152 --> 00:13:01,363
Alang-alang buat kerja haram,
kenalah belajar daripada mereka.

188
00:13:02,865 --> 00:13:05,618
- Apa maksudnya?
- Lagi sedap dalam bahasa Sepanyol.

189
00:13:06,660 --> 00:13:07,787
Apa pun.

190
00:13:08,871 --> 00:13:11,874
Mari saya tolong. Gandakan pulangan awak.

191
00:13:14,376 --> 00:13:16,545
Saya dah ambil banyak risiko.

192
00:13:16,629 --> 00:13:20,341
Saya akan ditangkap.
Saya tak mahu sakiti keluarga saya.

193
00:13:20,424 --> 00:13:23,886
Ini pendapatan tertinggi awak
selama bertahun-tahun.

194
00:13:23,969 --> 00:13:29,767
Selepas mengagihkannya,
awak dapat kira-kira 20 ribu, 25 ribu?

195
00:13:32,102 --> 00:13:37,274
Kebanyakan anak guam saya
tiada keluarga dan kehidupan.

196
00:13:38,859 --> 00:13:39,693
Namun awak,

197
00:13:42,238 --> 00:13:45,115
awak kena kenal pasti apa yang awak mahu.

198
00:13:45,699 --> 00:13:46,700
Saya akan berhubung.

199
00:13:50,579 --> 00:13:52,748
Apabila saya kata Chicago bagus…

200
00:13:53,582 --> 00:13:54,416
Ia…

201
00:13:56,210 --> 00:13:57,419
Ia hampir menjadi teruk.

202
00:13:59,046 --> 00:14:00,005
Okey.

203
00:14:01,590 --> 00:14:03,717
Sejak saya sebaya dengan Hannah,

204
00:14:05,177 --> 00:14:10,558
saya rasa tersepit.

205
00:14:13,769 --> 00:14:15,646
Saya pandang awak dan Hannah…

206
00:14:16,981 --> 00:14:21,277
saya tahu tak adil
untuk awak bertahan dengan saya.

207
00:14:21,944 --> 00:14:24,947
Saya mahu akan sesuatu yang lebih kukuh.

208
00:14:28,576 --> 00:14:31,036
Saya terfikir tentang barang kereta.

209
00:14:31,620 --> 00:14:33,080
Saya tahu caranya.

210
00:14:33,163 --> 00:14:36,584
Saya boleh menjual dan membuat pembaikan
sebagai kerja sampingan.

211
00:14:36,667 --> 00:14:38,919
Memulakan perniagaan sukar, Ray.

212
00:14:39,003 --> 00:14:41,672
Kita perlu kurangkan perbelanjaan.

213
00:14:41,755 --> 00:14:43,549
Hidup kita tak mewah.

214
00:14:43,632 --> 00:14:45,676
Saya tak kisah berjimat.

215
00:14:47,219 --> 00:14:48,888
Saya boleh cari kerja perakaunan.

216
00:14:48,971 --> 00:14:52,057
Tunggu dulu. Saya perlukan akauntan.

217
00:14:54,059 --> 00:14:55,644
Awak tak mampu bayar gaji saya.

218
00:15:03,736 --> 00:15:05,362
Bolehkah awak berhenti?

219
00:15:14,413 --> 00:15:16,206
Siapa bersedia untuk berseronok?

220
00:15:16,290 --> 00:15:19,668
Lihatlah awak! Lama tak jumpa, ya?

221
00:15:19,752 --> 00:15:21,420
- Betul.
- Hei!

222
00:15:21,503 --> 00:15:22,338
Segaknya awak.

223
00:15:24,173 --> 00:15:25,925
Lihat MasterChef di sini!

224
00:15:26,717 --> 00:15:27,760
Seharian Ray memasak.

225
00:15:28,344 --> 00:15:30,763
Courtney, ini Lily dan Ray Vernon.

226
00:15:30,846 --> 00:15:33,599
Cantiknya rumah kamu.
Terima kasih atas jemputan kamu.

227
00:15:33,682 --> 00:15:35,768
Kamu berdua bertemu di konvensyen?

228
00:15:35,851 --> 00:15:39,605
Di Kelab Golf Rolling Greens.
Tak jauh dari sini, sebenarnya.

229
00:15:39,688 --> 00:15:42,441
Ya, Graham seorang ahli.
Saya pekerja di sana.

230
00:15:42,524 --> 00:15:44,360
- Ibu bapa saya ahli.
- Ya.

231
00:15:44,443 --> 00:15:47,196
Ayah saya bekerja dua syif
untuk membayarnya, tapi…

232
00:15:48,572 --> 00:15:51,659
Kami nampak janggal di sana.

233
00:15:51,742 --> 00:15:54,078
Kami sorokkan roti di dalam beg.

234
00:15:54,161 --> 00:15:56,330
Orang-orang kaya itu merenung kami.

235
00:15:56,413 --> 00:15:59,375
Dia penipu besar di kedai di kelab itu.

236
00:15:59,458 --> 00:16:01,460
Lebih kepada kelemahan peraturan.

237
00:16:01,543 --> 00:16:02,753
Apa maksudnya?

238
00:16:03,712 --> 00:16:04,880
Soalan yang bagus.

239
00:16:04,964 --> 00:16:08,634
Contohnya, ibu menetapkan peraturan.

240
00:16:08,717 --> 00:16:11,512
Ibu kata kamu tak boleh ambil roti lagi.

241
00:16:12,721 --> 00:16:16,850
Kelemahan peraturan bermaksud
kamu menyuruh ayah mengambilnya.

242
00:16:16,934 --> 00:16:20,270
Adakah kamu melanggar peraturan?

243
00:16:22,272 --> 00:16:26,694
Tidak. Orang lain yang ambil.
Saya hanya makan.

244
00:16:26,777 --> 00:16:28,737
Bagus, itu kelemahan peraturan.

245
00:16:28,821 --> 00:16:29,738
Hebatnya.

246
00:16:29,822 --> 00:16:31,949
Ya, tapi kamu masih ditimpa masalah.

247
00:16:32,032 --> 00:16:33,742
Itu mahkamah yang akan tentukan.

248
00:16:34,326 --> 00:16:36,036
Itu kerja ayah?

249
00:16:36,120 --> 00:16:38,914
Tak, kami bekerja dengan duit.

250
00:16:38,998 --> 00:16:40,874
Pak cik dan ayah kamu bekerjasama.

251
00:16:40,958 --> 00:16:44,837
Sayang, apa kata kamu naik ke atas
dan bersiap untuk tidur?

252
00:16:44,920 --> 00:16:47,339
Saya mahu dengar
tentang kelemahan peraturan itu.

253
00:16:47,923 --> 00:16:48,757
Sekarang.

254
00:16:53,178 --> 00:16:55,764
Saya fikir kita patut berehat sebentar.

255
00:16:57,474 --> 00:17:01,061
Selepas Vegas, kita patut

256
00:17:01,145 --> 00:17:04,982
berehat beberapa bulan dan ambil masa.

257
00:17:06,567 --> 00:17:09,069
Hannah semakin matang, dia mula faham.

258
00:17:09,153 --> 00:17:12,156
Lily pula terpaksa berdikari
semasa kita bekerja.

259
00:17:12,740 --> 00:17:14,408
Ya. Saya faham.

260
00:17:14,491 --> 00:17:18,454
Saya rasa kita patut kurangkannya,
bertenang, ambil langkah bijak.

261
00:17:24,960 --> 00:17:30,299
Apabila masanya sesuai,
kita serang lagi, wahai kawan lama.

262
00:17:33,343 --> 00:17:34,344
Ya.

263
00:17:39,016 --> 00:17:40,809
Saya nak berhenti.

264
00:17:42,102 --> 00:17:45,522
Saya nak berhenti selama-lamanya.

265
00:17:49,985 --> 00:17:53,614
- Berapa lama awak memendamnya?
- Katanya ini hanya sementara.

266
00:17:55,157 --> 00:17:57,451
Ya, kira-kira 15 tahun lalu.

267
00:17:57,534 --> 00:18:00,204
Awak kata apa-apa boleh berlaku
di Chicago.

268
00:18:00,287 --> 00:18:02,414
- Awak menghukum saya?
- Bukan.

269
00:18:02,498 --> 00:18:04,666
Saya takkan biar kejadian
di Chicago berulang.

270
00:18:04,750 --> 00:18:06,502
Saya tak boleh terus membantu awak.

271
00:18:07,836 --> 00:18:09,046
Membantu saya?

272
00:18:10,005 --> 00:18:13,133
Apa maksud awak?
Risiko saya sama macam awak.

273
00:18:13,217 --> 00:18:14,885
Apa awak fikir berlaku

274
00:18:14,968 --> 00:18:18,013
apabila mereka nampak lelaki Hitam
masuk ke rumah orang putih?

275
00:18:20,140 --> 00:18:22,976
Saya yang melompat dari tingkap,

276
00:18:23,060 --> 00:18:24,937
tapi awak keluar melalui pintu depan.

277
00:19:20,367 --> 00:19:22,327
KENDERAAN DAN ALAT GANTI ROCKET

278
00:19:47,853 --> 00:19:49,479
Luruskan lengan.

279
00:19:51,023 --> 00:19:53,192
Awak nak dengar berita baik atau buruk?

280
00:19:53,275 --> 00:19:54,776
Siapa nak berita buruk?

281
00:19:55,986 --> 00:19:59,740
Kita kekurangan enam ribu pada bulan ini.

282
00:20:00,490 --> 00:20:02,117
Pinjaman bank ini membunuh kita.

283
00:20:02,201 --> 00:20:03,911
Jika boleh perbaharui pinjaman…

284
00:20:03,994 --> 00:20:06,580
Saya letak semua harta
untuk dapatkan 9,500,

285
00:20:06,663 --> 00:20:08,832
mereka takkan beri
kepada lelaki macam saya.

286
00:20:08,916 --> 00:20:10,542
Kita perlukan pelanggan.

287
00:20:11,752 --> 00:20:12,628
Saya kena pergi.

288
00:20:12,711 --> 00:20:14,296
Awak nak ke kelab?

289
00:20:15,839 --> 00:20:19,509
Saya lebih suka duduk dengan awak di sini
berbanding di ruangan gelap itu.

290
00:20:19,593 --> 00:20:21,178
Jemput saya apabila dah tutup.

291
00:20:21,261 --> 00:20:22,137
- Ya?
- Ya.

292
00:20:22,221 --> 00:20:25,015
Kamu jaga ayah sementara ibu tiada.

293
00:20:25,098 --> 00:20:28,018
- Boleh saya ikut? Saya suka kelab.
- Tak boleh.

294
00:20:28,101 --> 00:20:30,562
- Tolonglah.
- Beginilah.

295
00:20:30,646 --> 00:20:32,773
Jom kita keluar dari kedai sebentar.

296
00:20:32,856 --> 00:20:34,733
- Betul?
- Beri awak sedikit ruang.

297
00:20:34,816 --> 00:20:37,778
Okey? Kita akan berseronok.
Kamu boleh bantu ibu.

298
00:20:37,861 --> 00:20:40,280
- Ya.
- Mari kita pergi. Sayang awak.

299
00:20:40,364 --> 00:20:42,199
- Babai!
- Jumpa nanti, tupai.

300
00:20:52,876 --> 00:20:53,835
Selamat pagi.

301
00:20:54,753 --> 00:20:56,630
Saya nak tiga salinan kunci.

302
00:20:57,464 --> 00:20:58,298
Baiklah.

303
00:20:58,382 --> 00:21:00,968
Boleh awak kembali dalam masa 30 minit?

304
00:21:06,640 --> 00:21:07,474
Tak guna.

305
00:21:10,310 --> 00:21:12,062
Ayuh, buat salinan untuk awak.

306
00:21:12,854 --> 00:21:14,731
Apa? Itu haram, bukan?

307
00:21:16,400 --> 00:21:18,443
- Apa khabar, kawan?
- Baik.

308
00:21:18,527 --> 00:21:22,781
Saya berada berdekatan,
saya fikir nak melawat tempat ini.

309
00:21:22,864 --> 00:21:24,741
- Lapan bulan hari Selasa ini.
- Ya.

310
00:21:26,660 --> 00:21:30,163
Awak berjaya. Saya bangga dengan awak.

311
00:21:30,247 --> 00:21:33,125
Saya okey. Ada pelanggan tetap.
Kejiranan mula ke mari.

312
00:21:33,208 --> 00:21:36,169
- Perlu terus membayar bank, bukan?
- Ya, kami okey.

313
00:21:36,253 --> 00:21:37,587
Masuk ke rumah dia,

314
00:21:37,671 --> 00:21:39,965
awak boleh terus bayar hutang awak.

315
00:21:42,259 --> 00:21:45,971
Rasanya sistem penggera apa yang dia guna?

316
00:21:46,054 --> 00:21:47,931
Lelaki begitu guna dwipencetus asas.

317
00:21:48,015 --> 00:21:50,517
- Stesen pemantauan pusat.
- Ya.

318
00:21:50,600 --> 00:21:52,686
Pintas ia dengan titi litar.

319
00:21:52,769 --> 00:21:53,979
Peti besi dinding?

320
00:21:54,062 --> 00:21:56,023
- Lantai.
- Ya.

321
00:21:56,106 --> 00:21:59,192
- Dail digital.
- Tapi dia simpan kod di dalam Rolodex.

322
00:21:59,985 --> 00:22:05,991
- Duit mudah.
- Ya. Sekiranya tiada masalah.

323
00:22:06,742 --> 00:22:07,617
Ya.

324
00:22:08,452 --> 00:22:10,495
Jadi, apa tujuan awak ke sini?

325
00:22:12,706 --> 00:22:15,459
Okey. Awak kantoikan saya.

326
00:22:16,585 --> 00:22:18,754
Sejujurnya…

327
00:22:22,507 --> 00:22:24,593
Saya dalam masalah.

328
00:22:26,011 --> 00:22:26,845
Berapa teruk?

329
00:22:26,928 --> 00:22:29,598
Dua ratus lima puluh ribu.
Hampir 300,000 dengan…

330
00:22:29,681 --> 00:22:31,558
Siapa pinjamkan sebanyak itu?

331
00:22:31,641 --> 00:22:35,520
Saya cuma perlu bertahan dan

332
00:22:35,604 --> 00:22:38,607
dapatkan banyak wang
dan saya perlukannya segera.

333
00:22:38,690 --> 00:22:40,734
Tidak. Awak kena cari orang lain.

334
00:22:40,817 --> 00:22:42,736
Dah. Mereka tak sama macam awak.

335
00:22:44,279 --> 00:22:49,368
Ray, saya perlukan awak.

336
00:23:04,383 --> 00:23:05,384
Hei, Hannah.

337
00:23:06,551 --> 00:23:08,261
Sayang, boleh kamu bawanya keluar?

338
00:23:08,887 --> 00:23:09,846
Baik.

339
00:23:44,923 --> 00:23:47,426
Ibu, saya di dalam penjara!

340
00:24:31,887 --> 00:24:32,971
Boleh saya bantu?

341
00:24:33,054 --> 00:24:35,599
Saya nak jumpa isteri saya.
Lily Vernon, pembelian.

342
00:24:35,682 --> 00:24:38,393
Saya akan telefon. Sebentar.

343
00:24:39,603 --> 00:24:43,690
Hai, boleh awak beritahu Lily
bahawa suaminya datang?

344
00:24:45,233 --> 00:24:46,067
Terima kasih.

345
00:24:46,151 --> 00:24:48,653
- Ya, bagus, cumanya…
- Silakan duduk.

346
00:24:50,947 --> 00:24:52,574
Ada air timun.

347
00:25:20,769 --> 00:25:23,730
LELONG AMAL KRISMAS
DI GLEN HILLS

348
00:25:29,903 --> 00:25:31,738
ORKED RAPPACCINI

349
00:25:31,821 --> 00:25:33,448
Sakitlah!

350
00:25:33,532 --> 00:25:35,200
- Hannah?
- Lepaskan saya.

351
00:25:35,784 --> 00:25:36,618
Hannah!

352
00:25:36,701 --> 00:25:38,787
Encik!

353
00:25:39,621 --> 00:25:42,082
- Berhenti! Lepaskan saya.
- Panggil pengawal.

354
00:25:42,165 --> 00:25:44,626
- Hannah!
- Lepaskan, sakitlah!

355
00:25:45,210 --> 00:25:48,088
Jangan sentuh anak saya!

356
00:25:48,672 --> 00:25:50,382
Dia pecah masuk ke kawasan kelab.

357
00:25:50,465 --> 00:25:53,051
Apa masalah awak? Dia seorang kanak-kanak.

358
00:25:53,134 --> 00:25:54,469
Ini bukan taman permainan.

359
00:25:54,553 --> 00:25:55,804
- Kamu sakit?
- Peraturan.

360
00:25:55,887 --> 00:25:58,181
- Kamu sakit?
- Mungkin di rumah awak tiada.

361
00:25:58,265 --> 00:26:00,225
Apa? Okey, ayuh…

362
00:26:00,308 --> 00:26:02,602
Jom kita keluar dari sini.

363
00:26:03,728 --> 00:26:05,230
Apa yang berlaku? Ray?

364
00:26:05,313 --> 00:26:09,192
Ini tempat berurus niaga.
Bukannya tempat orang miskin.

365
00:26:09,276 --> 00:26:11,361
- Apa awak cakap?
- Ray, berhenti.

366
00:26:11,444 --> 00:26:16,074
- Ulang semula!
- Kyle, maaf. Ini salah saya.

367
00:26:16,157 --> 00:26:17,659
- Apa?
- Saya patut peka.

368
00:26:17,742 --> 00:26:19,828
- Awak tak patut bawa dia.
- Mengarut.

369
00:26:19,911 --> 00:26:21,288
Ia takkan berulang, janji.

370
00:26:21,371 --> 00:26:24,457
Memanglah. Kemas barang awak.

371
00:26:24,541 --> 00:26:27,252
- Tidak, awak tak boleh salahkan dia!
- Tidak, Kyle!

372
00:26:30,255 --> 00:26:32,507
Itu saja? Awak nak biarkan dia?

373
00:26:40,098 --> 00:26:41,474
Maafkan saya, ayah.

374
00:26:45,812 --> 00:26:50,442
Tak apa, sayang. Bukan salah kamu.

375
00:26:50,525 --> 00:26:53,069
Saya cuma mahu bermain di tempat tersorok.

376
00:26:57,616 --> 00:26:58,533
Ya.

377
00:27:00,660 --> 00:27:02,912
Pergi tunggu di dalam kereta, tupai.

378
00:27:02,996 --> 00:27:03,913
Okey.

379
00:27:11,546 --> 00:27:13,006
Jom musnahkan mereka.

380
00:27:18,720 --> 00:27:21,931
Lelong Amal Krismas.
Ada pengawal di semua tempat.

381
00:27:22,015 --> 00:27:23,642
Ya, saya pernah pergi.

382
00:27:23,725 --> 00:27:25,393
Mereka akan bawa peragawati

383
00:27:25,477 --> 00:27:27,228
ketika para suami mabuk dan gatal,

384
00:27:27,312 --> 00:27:29,773
- naikkan harga bida.
- Lebih untung.

385
00:27:29,856 --> 00:27:32,067
Kita perlu tahu waktu perhiasan tiba.

386
00:27:32,150 --> 00:27:35,236
Kita kena kenal pasti
tempat simpanan dan pameran.

387
00:27:36,071 --> 00:27:37,572
Jalan masuk dan keluar?

388
00:27:37,656 --> 00:27:38,823
Macam biasa,

389
00:27:38,907 --> 00:27:42,160
awak pakai sut, senyum
dan masuk melalui pintu hadapan.

390
00:27:42,243 --> 00:27:43,370
Saya ikut cara saya.

391
00:27:46,414 --> 00:27:49,042
Keluarkan perhiasan asli.

392
00:27:53,963 --> 00:27:55,382
Letakkan perhiasan tiruan.

393
00:28:00,053 --> 00:28:02,639
Selesai.

394
00:28:02,722 --> 00:28:04,140
Tujuh belas saat.

395
00:28:05,684 --> 00:28:08,269
Saya ada empat minit antara pusingan

396
00:28:08,353 --> 00:28:09,646
untuk keluarkan semua.

397
00:28:09,729 --> 00:28:13,316
Jika yang tiruan cantik,
kenapa bazir duit beli yang asli?

398
00:28:13,400 --> 00:28:17,821
Takkan lepas di kanta,
tapi kita boleh ambil masa selama mungkin.

399
00:28:17,904 --> 00:28:19,406
Bagaimana dengan Orkid?

400
00:28:20,824 --> 00:28:22,033
Sukar untuk dijual.

401
00:28:24,119 --> 00:28:25,662
Okey, sekali lagi.

402
00:28:28,665 --> 00:28:29,582
Lily pula?

403
00:28:31,960 --> 00:28:32,961
Saya akan beritahu.

404
00:28:36,881 --> 00:28:38,007
Saya akan beritahu dia.

405
00:28:39,926 --> 00:28:43,263
Saya habiskan masa sejam
menyusun sampel cat.

406
00:28:43,346 --> 00:28:45,265
Rasanya saya mungkin buta warna.

407
00:28:46,516 --> 00:28:50,979
- Hei. Awak tak apa-apa?
- Ya, saya fikir…

408
00:28:51,062 --> 00:28:51,896
Tentang duit?

409
00:28:53,606 --> 00:28:55,150
- Glen Hills.
- Tidak!

410
00:28:55,233 --> 00:28:59,863
Tidak, jangan fikir pasal mereka lagi.

411
00:28:59,946 --> 00:29:02,699
- Ada lelong…
- Lupakan tentang kelab!

412
00:29:05,285 --> 00:29:06,786
Awak mencari peluang.

413
00:29:08,455 --> 00:29:10,874
Awak perlu percaya kepada naluri awak.

414
00:29:21,426 --> 00:29:26,014
Ya. Okey.

415
00:29:26,639 --> 00:29:29,893
Ya, saya nak terima kerja
sebagai jurujual di Airtex.

416
00:29:29,976 --> 00:29:34,314
Lihat jika dia boleh naikkan gaji.
Tapi saya mungkin balik lambat.

417
00:29:34,397 --> 00:29:37,192
Okey. Jumpa awak malam nanti.

418
00:30:19,776 --> 00:30:21,444
Maaf. Terima kasih.

419
00:30:25,907 --> 00:30:27,867
Ibu tak percaya ibu bakal kalah.

420
00:30:29,744 --> 00:30:31,412
Kamu membuatnya jadi sukar.

421
00:30:31,496 --> 00:30:33,957
Bukan saya. Pepper yang pilih kod.

422
00:30:35,083 --> 00:30:35,917
Yakah?

423
00:30:37,335 --> 00:30:41,631
Okey. Mari kita cuba.
Ini dia. Ibu boleh rasa.

424
00:30:42,465 --> 00:30:46,010
- Ibu salah.
- Tolonglah.

425
00:30:46,845 --> 00:30:49,347
- Kepada ibu sendiri, Pepper?
- Tak.

426
00:30:49,430 --> 00:30:51,599
Ibu nenek kepada Pepper.

427
00:30:51,683 --> 00:30:54,102
- Senangnya jadi nenek.
- Ya.

428
00:30:58,439 --> 00:30:59,440
Helo?

429
00:31:09,742 --> 00:31:13,621
Ya, saya akan sampai 45 minit lagi.

430
00:31:17,375 --> 00:31:20,253
Sayang, ibu perlu pergi ke kelab.

431
00:31:20,336 --> 00:31:21,963
Jadi, ibu akan telefon Beverley

432
00:31:22,046 --> 00:31:24,257
dan lihat jika dia boleh jaga kamu.

433
00:31:24,340 --> 00:31:25,675
Namun, ibu telah dipecat.

434
00:31:25,758 --> 00:31:31,347
Ya, tapi sekarang bos ibu panggil
sebab dia perlukan bantuan ibu.

435
00:31:32,515 --> 00:31:35,560
Kamu tunggu di sini
dan baca buku sehingga Beverley tiba.

436
00:31:35,643 --> 00:31:36,728
- Okey?
- Okey.

437
00:31:36,811 --> 00:31:38,646
- Okey. Sayang kamu.
- Sayang ibu.

438
00:31:42,942 --> 00:31:45,111
Bagaimana? Sibuk?

439
00:31:46,696 --> 00:31:47,822
Kaya.

440
00:31:47,906 --> 00:31:49,324
<i>Saya menuju ke sana.</i>

441
00:31:55,955 --> 00:31:56,831
Hei.

442
00:31:58,750 --> 00:32:00,710
Ayuh, terus menghantar.

443
00:32:00,793 --> 00:32:02,295
Kita ada 200 meja malam ini.

444
00:32:14,432 --> 00:32:15,266
Hai.

445
00:32:25,443 --> 00:32:26,361
Encik.

446
00:32:27,153 --> 00:32:29,864
Tidak. Apa ini?

447
00:32:31,115 --> 00:32:33,117
Encik nak makan ini?

448
00:32:34,661 --> 00:32:36,245
- Okey.
- Ambil sapu tangan.

449
00:33:09,612 --> 00:33:10,530
Saya nak masuk.

450
00:33:19,622 --> 00:33:21,624
TUTUP UNTUK ACARA KELAB

451
00:33:44,147 --> 00:33:45,064
Maaf.

452
00:33:47,400 --> 00:33:48,818
Perhiasan dalam perjalanan.

453
00:33:58,119 --> 00:33:59,454
Sasaran di belakang.

454
00:34:45,750 --> 00:34:47,251
Selamat. Berjaga-jaga.

455
00:34:53,549 --> 00:34:57,386
Jen kata dia terlibat dalam kemalangan
pada malam yang penting.

456
00:34:57,470 --> 00:34:58,888
Saya tak kata dia pembohong,

457
00:34:58,971 --> 00:35:01,390
tapi dia asyik ditimpa kemalangan.

458
00:35:01,474 --> 00:35:03,726
Tak mengapa. Saya gembira untuk membantu.

459
00:35:04,227 --> 00:35:08,272
Saya cuma perlukan seseorang
untuk menyelaraskan pembelian invois.

460
00:35:08,356 --> 00:35:11,776
Kali terakhir ada lelongan begini,
kertas kerjanya mengerikan.

461
00:35:12,652 --> 00:35:15,947
Tak apa, Kyle. Pergilah

462
00:35:16,030 --> 00:35:19,784
layan tetamu awak
dan saya akan uruskan semuanya.

463
00:35:19,867 --> 00:35:22,995
Ya, terima kasih.

464
00:36:15,882 --> 00:36:18,092
Awak tak rasa ia melampau?

465
00:36:18,176 --> 00:36:21,429
Tidak! Ia bernuansa.

466
00:36:21,929 --> 00:36:23,764
Bernuansa? Terima kasih.

467
00:36:24,473 --> 00:36:26,142
- Saya minta diri.
- Baik.

468
00:36:28,728 --> 00:36:30,438
Tetamu akan masuk dua minit lagi.

469
00:36:33,900 --> 00:36:35,526
- Terima?
<i>- Tak boleh berhenti.</i>

470
00:36:35,610 --> 00:36:36,611
Beri saya masa.

471
00:36:38,738 --> 00:36:40,156
Maaf, cik.

472
00:36:40,239 --> 00:36:42,325
Ibu saya nak sangat lihat…

473
00:36:42,408 --> 00:36:44,327
- Sila berundur.
- …permata itu.

474
00:36:45,203 --> 00:36:46,412
Dia sangat kaya.

475
00:36:47,205 --> 00:36:49,081
- Agak mabuk.
- Tolong, encik.

476
00:36:49,165 --> 00:36:50,458
- Okey.
- Terima kasih.

477
00:36:53,169 --> 00:36:55,087
Ray, keluar sekarang.

478
00:37:25,785 --> 00:37:29,247
Okey. Pakai yang ini.

479
00:37:45,304 --> 00:37:47,306
- Hei, jangan bergerak!
- Tunggu.

480
00:37:47,390 --> 00:37:49,892
- Tunduk. Baring di atas lantai.
- Okey.

481
00:37:49,976 --> 00:37:53,062
- Lihat, terdapat salah faham.
- Apa awak buat di sini?

482
00:37:53,145 --> 00:37:55,940
- Apa sedang berlaku?
- Sila kembali ke majlis.

483
00:37:56,023 --> 00:37:57,650
Saya perlukan bantuan…

484
00:38:12,957 --> 00:38:14,583
<i>David, jawab.</i>

485
00:38:14,667 --> 00:38:17,295
Alamak.

486
00:38:20,673 --> 00:38:22,591
<i>David. Awak di sana?</i>

487
00:38:23,175 --> 00:38:25,594
- Awak tak apa-apa?
- Jom keluar dari sini.

488
00:38:27,430 --> 00:38:29,765
- Okey. Masukkan ke dalam beg.
- Kita kena pergi.

489
00:38:29,849 --> 00:38:30,850
Baik.

490
00:38:32,226 --> 00:38:33,269
Kita kena gerak.

491
00:38:40,151 --> 00:38:42,236
- Awak buat apa?
- Melengahkan masa.

492
00:38:48,117 --> 00:38:49,076
- Alamak.
- Aduhai.

493
00:38:52,621 --> 00:38:54,915
- Oh, Tuhan!
- Mari kita pergi!

494
00:38:56,792 --> 00:38:59,128
Keluar. Saya boleh uruskannya.

495
00:39:00,463 --> 00:39:01,505
Ayuh!

496
00:39:20,024 --> 00:39:23,444
RUMAH KARATE KEN

497
00:39:34,455 --> 00:39:36,374
- Awak nak ke mana?
- Dia di sini.

498
00:39:36,457 --> 00:39:38,751
- Siapa?
- Lily. Saya nampak keretanya.

499
00:39:38,834 --> 00:39:41,087
- Dia dipecat.
- Dia ada di sini.

500
00:39:41,170 --> 00:39:42,421
Saya nak ke arah sini.

501
00:39:43,089 --> 00:39:44,131
Alamak.

502
00:39:44,215 --> 00:39:45,049
Tolong.

503
00:39:46,008 --> 00:39:47,802
- Tolong!
- Lily!

504
00:39:47,885 --> 00:39:48,719
Ray?

505
00:39:49,970 --> 00:39:52,598
- Tolong! Saya di sini!
- Lily!

506
00:39:52,681 --> 00:39:53,516
Celaka!

507
00:39:56,227 --> 00:39:57,436
Lily!

508
00:39:58,020 --> 00:40:00,022
- Lily!
- Tolong saya.

509
00:40:02,024 --> 00:40:02,858
Tolong!

510
00:40:03,943 --> 00:40:04,777
Lily!

511
00:40:06,362 --> 00:40:07,321
Tolong!

512
00:40:07,405 --> 00:40:10,783
Lily, pandang saya. Tolong bergerak.

513
00:40:10,866 --> 00:40:17,164
Lily, tunduk. Saya akan tolong awak.

514
00:40:17,248 --> 00:40:19,208
Tunduk. Alamak!

515
00:40:21,544 --> 00:40:22,795
Graham?

516
00:40:22,878 --> 00:40:26,715
Graham! Dia di situ!

517
00:40:26,799 --> 00:40:30,010
- Di mana dia?
- Graham, dia di situ. Ayuh.

518
00:40:30,094 --> 00:40:34,056
Graham, awak dah dapat dia.
Lily, dia dah dapat awak.

519
00:40:34,140 --> 00:40:35,141
Tunduk.

520
00:40:35,724 --> 00:40:38,853
Kami dengar. Bantuan dalam perjalanan.

521
00:40:41,480 --> 00:40:44,525
Graham, tidak!

522
00:40:49,113 --> 00:40:50,990
<i>Ada perkara ayah perlu beritahu.</i>

523
00:40:52,283 --> 00:40:54,410
<i>Sukar untuk menjelaskannya.</i>

524
00:40:55,369 --> 00:40:57,288
<i>Pilihan yang ayah buat…</i>

525
00:40:57,371 --> 00:40:58,205
Lily!

526
00:40:58,956 --> 00:41:02,501
<i>…ayah buat demi kamu dan ibu kamu.</i>

527
00:41:04,837 --> 00:41:06,505
<i>Tapi ayah tak tahu jika itu benar.</i>

528
00:41:10,176 --> 00:41:12,011
<i>Ada kalanya ia berjalan dengan baik.</i>

529
00:41:15,890 --> 00:41:17,266
<i>Ada kalanya…</i>

530
00:41:17,349 --> 00:41:18,184
Tidak.

531
00:41:18,267 --> 00:41:19,310
<i>…ia membinasakan.</i>

532
00:41:19,393 --> 00:41:20,394
Lily!

533
00:41:21,562 --> 00:41:23,189
Tolong!

534
00:41:26,609 --> 00:41:28,652
Tolong!

535
00:41:28,736 --> 00:41:31,739
<i>Ayah tak mahu lagi membuat pilihan begitu.</i>

536
00:41:32,656 --> 00:41:34,408
<i>Tapi ayah tak tahu jika ayah boleh.</i>

537
00:41:35,743 --> 00:41:37,119
<i>Ayah tak tahu.</i>

538
00:41:38,829 --> 00:41:41,415
<i>Mungkin esok semuanya akan okey.</i>

539
00:41:45,878 --> 00:41:47,880
Adakah ibu akan okey?

540
00:41:51,217 --> 00:41:52,218
Entah.

541
00:41:53,552 --> 00:41:55,012
Bila kita boleh melihatnya?

542
00:42:03,437 --> 00:42:04,438
Entah.

543
00:42:16,951 --> 00:42:19,161
- Hai.
- Saya Detektif Tony Barrelli.

544
00:42:19,245 --> 00:42:20,955
Saya mencari Ray Vernon.

545
00:42:27,753 --> 00:42:31,465
Ayuh, tupai. Mari ayah zipkan baju kamu.

546
00:42:37,638 --> 00:42:38,472
Perkara…

547
00:42:41,225 --> 00:42:43,185
Ada perubahan akan berlaku.

548
00:42:45,187 --> 00:42:46,397
Apa maksud ayah?

549
00:42:50,651 --> 00:42:55,823
Dunia mungkin tak seperti
yang kamu jangkakan.

550
00:42:58,158 --> 00:43:00,286
Orang mungkin buat perkara tak sepatutnya.

551
00:43:01,245 --> 00:43:02,079
Namun…

552
00:43:07,876 --> 00:43:11,964
Ayah mahu kamu berdiri tegak dan kamu…

553
00:43:12,840 --> 00:43:15,259
Kamu menjadikannya betul.

554
00:43:29,815 --> 00:43:31,275
Kamu nampak gadis itu?

555
00:43:33,485 --> 00:43:34,695
Namanya Ava.

556
00:43:35,362 --> 00:43:36,780
Jalan ke arahnya.

557
00:43:37,364 --> 00:43:40,492
Kamu akan buat apa dia suruh.

558
00:43:43,829 --> 00:43:45,039
Kamu kena terus berjalan.

559
00:43:47,166 --> 00:43:50,794
Jangan toleh ke belakang.
Tak kira apa yang berlaku.

560
00:43:53,005 --> 00:43:55,549
Tapi saya nak duduk dengan ayah.

561
00:43:56,383 --> 00:44:00,137
Ayah tahu, sayang.
Tapi ayah nak kamu jalan sendiri sebentar.

562
00:44:01,138 --> 00:44:02,097
Jadi berani juga?

563
00:44:04,224 --> 00:44:05,059
Ya.

564
00:44:06,060 --> 00:44:07,895
Ingat lagi tentang berani?

565
00:44:13,067 --> 00:44:14,485
Di mana keberanian ayah?

566
00:44:24,745 --> 00:44:26,455
Di mana kekuatan ayah?

567
00:45:17,798 --> 00:45:20,467
Ray Vernon,
awak berhak untuk berdiam diri.

568
00:45:21,093 --> 00:45:24,763
Apa sahaja yang awak katakan boleh
dan akan digunakan terhadap awak.

569
00:45:25,389 --> 00:45:28,016
Awak berhak mendapat peguam…

570
00:47:15,541 --> 00:47:20,546
Terjemahan sari kata oleh Shazreena

