1
00:00:11,594 --> 00:00:14,472
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:15,140 --> 00:00:17,142
KINI MEMASUKI EPISOD JINGGA

3
00:00:17,225 --> 00:00:19,019
TIGA MINGGU SEBELUM ROMPAKAN

4
00:00:22,147 --> 00:00:24,607
<i>Nama saya Nazan dan saya seorang penagih.</i>

5
00:00:25,150 --> 00:00:26,317
<i>- Hai, Nazan.</i>
<i>- Hai.</i>

6
00:00:32,240 --> 00:00:34,659
<i>Saya bebas dadah</i>
<i>empat tahun dan satu minggu.</i>

7
00:00:35,535 --> 00:00:37,912
<i>Kerja okey. Mereka mula percayakan saya.</i>

8
00:00:38,705 --> 00:00:39,998
<i>Bukan dalam semua hal.</i>

9
00:00:42,959 --> 00:00:46,254
<i>Kami banyak berbual</i>
<i>tentang menetapkan batas, peraturan.</i>

10
00:00:46,337 --> 00:00:48,381
- Utara selamat.
- Di sini selamat.

11
00:00:48,465 --> 00:00:51,009
Semua berundur. Berkumpul semula di luar.

12
00:00:51,509 --> 00:00:53,261
<i>Saya berhenti kerana peraturan itu.</i>

13
00:00:54,179 --> 00:00:56,514
<i>Semasa menagih, semuanya nampak kabur.</i>

14
00:00:57,098 --> 00:01:01,770
<i>Sekarang, perkara yang saya terlepas</i>
<i>nampak lebih jelas.</i>

15
00:01:01,853 --> 00:01:03,313
<i>Perasaan yang terlepas.</i>

16
00:01:04,189 --> 00:01:06,149
<i>Saya fokus pada perasaan itu.</i>

17
00:01:06,775 --> 00:01:08,902
<i>Ada kalanya perasaan saya betul.</i>

18
00:01:10,445 --> 00:01:14,115
<i>Sejak kebelakangan ini,</i>
<i>ia meletakkan saya di landasan yang betul,</i>

19
00:01:14,783 --> 00:01:16,493
<i>walaupun jarang nampak begitu.</i>

20
00:01:56,199 --> 00:01:57,534
Rasanya mereka di sini!

21
00:01:57,617 --> 00:02:00,829
Ayuh! FBI! Jangan bergerak!

22
00:02:01,704 --> 00:02:03,081
Kenapa lambat sangat?

23
00:02:10,672 --> 00:02:13,842
Sebab itu saya ada satu lagi peluang
dengan anak saya, Reza.

24
00:02:13,925 --> 00:02:15,510
IMIGRESEN DAN KASTAM

25
00:02:15,593 --> 00:02:18,721
Ini hujung minggu pertama kami
tanpa pengawasan.

26
00:02:20,306 --> 00:02:22,892
Kemungkinan untuk berkongsi hak penjagaan.

27
00:02:23,768 --> 00:02:24,602
Perlahan-lahan.

28
00:02:25,478 --> 00:02:26,855
Taklah.

29
00:02:27,522 --> 00:02:31,192
Mungkin lebih perlahan.

30
00:02:31,276 --> 00:02:33,153
Ia satu permulaan. Itu yang penting.

31
00:02:41,202 --> 00:02:42,620
Di sini,

32
00:02:42,704 --> 00:02:45,790
juara gusti Lower East Side.

33
00:02:47,125 --> 00:02:48,626
Ayuh, semua!

34
00:02:48,710 --> 00:02:50,211
Orang paling dikehendaki

35
00:02:50,295 --> 00:02:52,964
telah ditangkap Ejen Abbasi.
Berikan tepukan.

36
00:02:53,047 --> 00:02:55,842
Baiklah, bertenang.

37
00:02:55,925 --> 00:02:58,720
Terima kasih atas sambutan
yang hangat itu, Ejen Toby.

38
00:03:00,346 --> 00:03:02,807
Cemburu. Mereka semua cemburu.

39
00:03:04,142 --> 00:03:06,269
Apa? Saya tak boleh kagum?

40
00:03:06,352 --> 00:03:07,353
Awak boleh kagum

41
00:03:07,437 --> 00:03:09,189
jika awak bantu dengan kertas kerja.

42
00:03:09,272 --> 00:03:13,526
Lihatlah betapa menggodanya borang ini.

43
00:03:13,610 --> 00:03:16,070
R84, FT209.

44
00:03:17,363 --> 00:03:18,615
Awak pandai memujuk.

45
00:03:18,698 --> 00:03:20,742
Itu salah laku di tempat kerja.

46
00:03:21,284 --> 00:03:24,704
Tentu saya akan menikmatinya, tapi kami…

47
00:03:24,787 --> 00:03:26,831
Kami ada maklumat tentang Diamond Way.

48
00:03:26,915 --> 00:03:28,666
Yakah? Maklumat apa?

49
00:03:28,750 --> 00:03:31,544
Cap jari yang sepadan pada peluru.

50
00:03:31,628 --> 00:03:32,670
Baguslah.

51
00:03:32,754 --> 00:03:35,173
Jadi? Siapa pencuri berlian itu?

52
00:03:41,721 --> 00:03:43,640
Hei, tahniah atas isu Jagos itu.

53
00:03:43,723 --> 00:03:46,100
Awak tak nak beritahu
awak dapat kesan Ava Mercer?

54
00:03:46,184 --> 00:03:49,062
Tak tahu pula
dia ini suka menyebarkan cerita.

55
00:03:49,145 --> 00:03:51,814
Awak perlu dapat lebih
daripada cap jari dan peluru.

56
00:03:51,898 --> 00:03:55,026
Jika tak, jangan bawa dia.
Dia akan perdayakan awak.

57
00:03:55,109 --> 00:03:58,655
Saya faham awak dan Mercer
pernah ada sejarah.

58
00:03:58,738 --> 00:03:59,989
Saya boleh bantu.

59
00:04:00,073 --> 00:04:01,741
Tak perlulah.

60
00:04:02,492 --> 00:04:05,954
Tentu ada kesilapan.
Dia peguam di pinggir bandar. Aduhai.

61
00:04:06,037 --> 00:04:07,580
Ava Mercer mungkin tak jujur,

62
00:04:07,664 --> 00:04:10,667
<i>tapi mustahil dia</i>
<i>pencuri barang kemas yang kita cari.</i>

63
00:04:10,750 --> 00:04:11,584
Kita bagus.

64
00:04:12,585 --> 00:04:13,419
Yakah?

65
00:04:14,337 --> 00:04:16,547
Cukup untuk rompakan seterusnya?

66
00:04:16,631 --> 00:04:18,800
Untuk beli keperluan atau kehendak?

67
00:04:18,883 --> 00:04:21,678
Alatan khas diperlukan
untuk buka bilik kebal canggih.

68
00:04:22,595 --> 00:04:26,057
Kita akan dapatkannya, Leo.
Kita akan cuba sebaik mungkin.

69
00:04:26,140 --> 00:04:27,642
- Nak saya ikut?
- Tak.

70
00:04:28,351 --> 00:04:30,478
Javier lebih suka saya seorang diri.

71
00:04:30,979 --> 00:04:32,772
Sebab itulah saya perlu ikut.

72
00:04:38,653 --> 00:04:42,865
Sifat cemburu tak memberi manfaat.

73
00:04:49,956 --> 00:04:50,790
Ava.

74
00:04:56,587 --> 00:04:57,922
Terlupa sesuatu?

75
00:05:42,091 --> 00:05:43,176
Tepat pada masanya.

76
00:05:44,427 --> 00:05:46,554
Wanita cantik jarang menepati masa.

77
00:05:47,305 --> 00:05:50,391
Tolong, Bob.
Saya pergi sendiri. Itu perjanjiannya.

78
00:05:50,475 --> 00:05:53,269
Saya tak kenal dia.
Begitu juga dengan Datuk Joe awak.

79
00:05:54,145 --> 00:05:56,814
Saya dah pun terlibat.
Saya boleh teruskan.

80
00:05:59,233 --> 00:06:01,652
Jangan buat masalah, okey?

81
00:06:02,612 --> 00:06:04,572
Masalah akan memburukkan keadaan.

82
00:06:04,655 --> 00:06:06,699
Apa maksudnya?

83
00:06:08,326 --> 00:06:09,535
Ini semuanya?

84
00:06:09,619 --> 00:06:11,204
Kecuali yang tak dapat.

85
00:06:13,498 --> 00:06:14,374
Tiga ratus.

86
00:06:14,457 --> 00:06:15,917
Tiga? Tidak.

87
00:06:18,961 --> 00:06:21,881
Penilaiannya lebih tinggi.

88
00:06:21,964 --> 00:06:24,842
Sukar untuk dibawa
disebabkan asal usulnya.

89
00:06:24,926 --> 00:06:26,844
Saya perlu cari pembeli di luar AS.

90
00:06:26,928 --> 00:06:29,639
Ada lelaki di Philadelphia
yang akan bayar sejuta.

91
00:06:35,895 --> 00:06:39,148
Ya, mungkin awak patut menjualnya di sana.

92
00:06:39,232 --> 00:06:42,068
Tak guna betul.

93
00:06:42,151 --> 00:06:43,694
Di mana awak jumpa dia?

94
00:06:43,778 --> 00:06:45,571
Jangan mulakannya.

95
00:06:45,655 --> 00:06:48,616
Lain kali jika awak perlukan
bantuan guaman…

96
00:06:48,699 --> 00:06:50,076
Apa maksud awak?

97
00:06:51,828 --> 00:06:53,371
- Empat ratus.
- Empat?

98
00:06:54,580 --> 00:06:55,915
Siapa pencuri sekarang?

99
00:06:56,541 --> 00:06:57,375
Okey.

100
00:06:57,458 --> 00:06:59,085
Beri saya sejam untuk bayar.

101
00:07:05,800 --> 00:07:07,051
- Terima kasih.
<i>- Ciao.</i>

102
00:07:19,605 --> 00:07:20,440
Saya keluar dulu.

103
00:07:26,779 --> 00:07:28,197
Boleh. Ya.

104
00:07:28,281 --> 00:07:30,658
Ada kedai aiskrim baharu berdekatan.

105
00:07:30,741 --> 00:07:31,909
<i>Saya nak rum kismis.</i>

106
00:07:31,993 --> 00:07:35,288
Boleh saja.
Kita juga boleh pergi ke karusel.

107
00:07:39,584 --> 00:07:43,087
Ibu musang suka karusel.
Anak musang masih menyukainya?

108
00:07:43,796 --> 00:07:45,798
Anak musang masih menyukainya.

109
00:07:45,882 --> 00:07:48,092
- Bagus.
<i>- Ayuh. Ucap selamat tinggal.</i>

110
00:07:48,176 --> 00:07:49,218
<i>Buat kerja sekolah.</i>

111
00:07:49,802 --> 00:07:51,929
<i>Ayah suruh saya buat kerja sekolah</i>

112
00:07:52,597 --> 00:07:55,516
Okey. Kerja sekolah memang penting.

113
00:07:55,600 --> 00:07:58,728
Ibu teruja nak jumpa kamu.
Ibu sayang kamu.

114
00:07:58,811 --> 00:08:01,397
<i>- Saya sayang ibu juga. Babai!</i>
- Beritahu…

115
00:08:06,819 --> 00:08:08,946
IBU

116
00:08:14,494 --> 00:08:17,914
PERJANJIAN PENJAGAAN
MAHKAMAH KELUARGA NEGERI NEW YORK

117
00:08:22,043 --> 00:08:24,712
BIRO PENYIASATAN PERSEKUTUAN
OGOS-DISEMBER

118
00:08:29,926 --> 00:08:31,969
Awak nak kereta berperisai?

119
00:08:32,053 --> 00:08:34,388
Saya nak kereta perisai pendua.

120
00:08:34,472 --> 00:08:38,601
Replika yang membolehkan kita masuk
melalui pagar bilik kebal SLS.

121
00:08:38,684 --> 00:08:41,938
Jika kita palsukannya,
kita boleh sampai ke dok punggah

122
00:08:42,021 --> 00:08:43,940
tanpa membunyikan penggera.

123
00:08:44,023 --> 00:08:46,484
Mulakan dengan konfigurasi ruang.

124
00:08:46,567 --> 00:08:49,320
Saya yakin trak itu berkerangka 132s,

125
00:08:49,403 --> 00:08:52,156
namun, ampaiannya ketat,

126
00:08:52,240 --> 00:08:54,200
jika muatan berat di belakang,

127
00:08:54,283 --> 00:08:56,953
kita akan jadi tak stabil. Tak bagus.

128
00:08:57,703 --> 00:08:59,872
Ada seorang pemain bes di Fairlawn,

129
00:08:59,956 --> 00:09:04,377
ayahnya memiliki
Chevy C4500 tahun 2003 yang serupa.

130
00:09:04,460 --> 00:09:07,171
Beli yang itu.
Saya boleh panjangkan ruangan.

131
00:09:07,255 --> 00:09:09,465
Tunggu. Saya ada nombornya.

132
00:09:09,549 --> 00:09:10,925
Boleh awak dapatkannya?

133
00:09:12,885 --> 00:09:13,886
Stan!

134
00:09:15,054 --> 00:09:17,223
Stan! Boleh awak dapatkan trak itu?

135
00:09:17,306 --> 00:09:20,810
Chevy 2003. Ubah. Baiklah.

136
00:09:21,394 --> 00:09:24,021
Okey, dia tak tamat belajar sekali
dengan kami,

137
00:09:24,105 --> 00:09:27,525
tapi dia menyain dan menulis nombornya
di dalam buku tahunan saya.

138
00:09:29,944 --> 00:09:32,154
Dia melukis zakar.

139
00:09:36,993 --> 00:09:39,328
Oksipetrol kombinasi yang bagus, bukan?

140
00:09:39,412 --> 00:09:40,496
Syabas, Judy.

141
00:09:40,580 --> 00:09:41,914
Adakah ia stabil?

142
00:09:41,998 --> 00:09:44,458
Saya takkan menembaknya
atau di sekitarnya,

143
00:09:44,542 --> 00:09:47,420
tapi jika kita berhadapan besi
lebih daripada dua inci,

144
00:09:47,503 --> 00:09:49,005
kita perlukan haba.

145
00:09:50,881 --> 00:09:54,969
Saya kenal lelaki di Iron Triangle
yang boleh cari peti untuk kita berlatih,

146
00:09:55,469 --> 00:09:58,431
mungkin saya dan awak boleh pergi bersama.

147
00:09:59,140 --> 00:10:03,603
Siapa nak Sizzler?
Usah risau. Pak Cik Bob belanja.

148
00:10:04,395 --> 00:10:06,564
- Berapa?
- Empat ratus. Bolehlah.

149
00:10:06,647 --> 00:10:10,026
Ava setuju dengan tiga,
tapi saya yakinkan dia untuk naikkan.

150
00:10:10,109 --> 00:10:11,986
Apa kami nak buat tanpa awak?

151
00:10:12,069 --> 00:10:14,155
Siapa makan spageti dengan sepit?

152
00:10:14,238 --> 00:10:15,698
Satu bilion orang.

153
00:10:19,952 --> 00:10:23,581
Ingat kepayahan untuk dapatkannya.
Ini bukan bank terbuka.

154
00:10:23,664 --> 00:10:26,542
Trak. Teknologi. Peti besi.

155
00:10:27,835 --> 00:10:29,378
Bahan letupan dan kimia.

156
00:10:29,462 --> 00:10:33,007
Ini merangkumi semua keperluan kita
untuk masuk ke bilik kebal SLS.

157
00:10:33,090 --> 00:10:35,635
Saya nak awak masuk tepat
pada masa dan bajetnya.

158
00:10:36,218 --> 00:10:38,054
Kenapa dia dapat banyak?

159
00:10:38,721 --> 00:10:42,892
Ini New York. Semuanya tentang hartanah.

160
00:10:42,975 --> 00:10:46,771
Bangunan ini mempunyai gim
dan spa untuk semua penghuninya.

161
00:10:46,854 --> 00:10:51,609
Rumah untuk beberapa syarikat Fortune 500,
institusi kewangan

162
00:10:51,692 --> 00:10:56,947
dan beberapa muzium yang menggunakan
bangunan kami sebagai tempat simpanan.

163
00:10:59,116 --> 00:11:01,827
- Helo, En. Salas.
- Leighanne, awak buat lawatan?

164
00:11:01,911 --> 00:11:05,456
Ya. Ini Roger Salas.
Dia penyewa selama tujuh tahun.

165
00:11:05,539 --> 00:11:07,208
Ini Mallory…

166
00:11:07,291 --> 00:11:08,250
- Rosenthal.
- Ya.

167
00:11:09,126 --> 00:11:13,172
Industri Belgrano.
Pengoptimuman pengguna akhir.

168
00:11:13,714 --> 00:11:15,257
Awak pula, En. Salas?

169
00:11:19,387 --> 00:11:22,890
Kami melindungi benda
yang layak dilindungi. Berseronoklah.

170
00:11:24,100 --> 00:11:26,268
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

171
00:11:26,352 --> 00:11:28,396
Awak tanya tentang ciri-ciri keselamatan.

172
00:11:28,479 --> 00:11:29,730
Kami tak boleh ditandingi.

173
00:11:30,981 --> 00:11:34,110
Sukar untuk mendapat
ruang sebesar ini di Manhattan.

174
00:11:35,861 --> 00:11:37,697
Saya mahu membuat sedikit penukaran.

175
00:11:38,406 --> 00:11:41,617
Baik. Setiap perniagaan mempunyai
kehendak tersendiri.

176
00:11:42,952 --> 00:11:47,623
Beritahu saya,
apa itu pengoptimuman pengguna akhir?

177
00:11:47,707 --> 00:11:51,335
Kami akan mengambilnya.
Bulan pertama dan terakhir guna tunai?

178
00:11:52,712 --> 00:11:54,422
Saya akan mulakan kertas kerja.

179
00:12:04,348 --> 00:12:06,475
NOTA TEMU DUGA

180
00:12:27,037 --> 00:12:30,958
<i>Dalam cara yang saya percayai,</i>
<i>nampak atau hargai.</i>

181
00:12:31,041 --> 00:12:36,422
<i>Ava Mercer mengenali Ray Vernon</i>
<i>dan dia tahu Ray ada di mana.</i>

182
00:12:36,505 --> 00:12:40,384
<i>Dia bohong. Mengarut…</i>

183
00:12:48,893 --> 00:12:50,394
Saya sayang awak.

184
00:12:52,021 --> 00:12:53,314
Saya sayang awak juga.

185
00:12:53,397 --> 00:12:54,857
Saya boleh buatkan snek.

186
00:12:55,858 --> 00:12:57,359
Tentu awak lapar.

187
00:12:57,443 --> 00:12:59,695
Saya okey. Jom tidur.

188
00:13:02,364 --> 00:13:03,991
Awak baik hari ini?

189
00:13:06,160 --> 00:13:08,537
Setiap hari pun saya baik.

190
00:13:14,794 --> 00:13:21,425
BIRO PENYIASATAN PERSEKUTUAN

191
00:13:26,222 --> 00:13:29,058
Awak tak patut datang. Ted akan marah.

192
00:13:29,809 --> 00:13:31,352
Saya saja yang kenal dia.

193
00:13:32,978 --> 00:13:34,063
Saya akan senyap.

194
00:13:39,443 --> 00:13:41,403
Maaf buat awak tunggu. Ejen Khas Gough.

195
00:13:41,487 --> 00:13:42,738
Kita bercakap di telefon.

196
00:13:42,822 --> 00:13:45,157
Awak setuju perbualan ini dirakam?

197
00:13:46,075 --> 00:13:47,159
Saya ditahan?

198
00:13:47,243 --> 00:13:49,495
Tak. Cuma nak tanya beberapa soalan.

199
00:13:49,578 --> 00:13:51,080
Jadi, rakam apa awak nak.

200
00:13:51,163 --> 00:13:54,625
Awak orang Sepanyol,
tapi datang ke Argentina sebagai pelarian?

201
00:13:55,125 --> 00:13:57,169
Itu lama dahulu.
Saya dah jadi warganegara.

202
00:13:57,670 --> 00:13:59,171
Ini ketika Perang Kotor?

203
00:13:59,755 --> 00:14:03,843
Mereka memanggilnya begitu.
Kami memanggilnya genosid.

204
00:14:05,594 --> 00:14:08,764
Tiada penjaga, penaja
dan ibu bapa awak tiada.

205
00:14:10,391 --> 00:14:11,600
Awak hidup sendiri,

206
00:14:11,684 --> 00:14:15,104
tiada saudara-mara yang hidup,
sendirian di negara asing,

207
00:14:16,522 --> 00:14:17,606
tapi awak di sini.

208
00:14:19,358 --> 00:14:20,401
Saya di sini?

209
00:14:20,484 --> 00:14:23,028
Wanita dengan kuasa, pengaruh dan wang.

210
00:14:23,696 --> 00:14:24,864
Banyak awak telah lalui.

211
00:14:24,947 --> 00:14:28,701
Namun, saya masih dipanggil FBI
tanpa sebab.

212
00:14:28,784 --> 00:14:32,246
- Ada sebab.
- Jadi, beritahulah.

213
00:14:33,873 --> 00:14:36,041
Awak suka jadi peguam, Cik Mercer?

214
00:14:36,709 --> 00:14:39,670
Saya suka melakukan kerja yang saya mahir.

215
00:14:39,753 --> 00:14:41,881
Awak bekerja dengan orang
yang mencurigakan.

216
00:14:42,923 --> 00:14:44,508
Awak pun sama.

217
00:14:45,885 --> 00:14:47,678
Daerah Diamond, di berita.

218
00:14:47,761 --> 00:14:49,430
Ya, sukar untuk terlepas.

219
00:14:49,513 --> 00:14:52,683
Kami jumpa cap jari
pada peluru di tempat kejadian.

220
00:14:52,766 --> 00:14:56,520
Apabila mencarinya di pangkalan data,
cap jari itu sepadan dengan awak.

221
00:14:57,104 --> 00:14:59,231
Bagaimana awak nak menjelaskannya?

222
00:15:00,232 --> 00:15:02,151
Saya tak terkejut.

223
00:15:02,234 --> 00:15:07,865
Saya telah melaporkan pistol saya dicuri
kira-kira sebulan lalu.

224
00:15:07,948 --> 00:15:10,159
Saya memiliki beberapa pistol,

225
00:15:10,242 --> 00:15:13,287
ia merupakan hak saya
sebagai warganegara AS.

226
00:15:13,370 --> 00:15:16,790
Seperti pemilik senjata
yang bertanggungjawab,

227
00:15:16,874 --> 00:15:18,542
saya yang memuatkan peluru.

228
00:15:19,251 --> 00:15:23,923
Jadi, sebab itulah cap jari saya ada
pada peluru itu.

229
00:15:25,674 --> 00:15:29,720
Sangat menyedihkan untuk fikir
ia digunakan untuk aktiviti jenayah.

230
00:15:31,847 --> 00:15:34,099
Saya mahu mengesahkannya dengan NYPD.

231
00:15:55,955 --> 00:15:57,957
<i>Ini angkara Abbasi. Saya yakin.</i>

232
00:15:58,540 --> 00:16:01,835
Tak bagus.
Awak pernah mengesyakinya dahulu.

233
00:16:05,047 --> 00:16:08,008
Hati-hati.
Pastikan orang tak mengekori awak.

234
00:16:10,803 --> 00:16:12,680
Ini tempat rahsia.

235
00:16:12,763 --> 00:16:14,932
Saya akan beli telefon pakai buang.

236
00:16:18,560 --> 00:16:20,062
Apa kata hati awak?

237
00:16:23,816 --> 00:16:25,150
Kita ada masalah sebenar?

238
00:16:27,653 --> 00:16:28,487
Tidak.

239
00:16:29,780 --> 00:16:30,781
Tidak?

240
00:16:30,864 --> 00:16:32,032
Tidak, kita okey.

241
00:16:34,493 --> 00:16:36,996
- Ada perkara lebih penting.
- Hal ini lagi.

242
00:16:37,079 --> 00:16:38,956
Dia tak faham apa yang dipertaruhkan.

243
00:16:39,039 --> 00:16:41,000
Dia cakap kenapa dia mahu lakukannya?

244
00:16:41,083 --> 00:16:41,917
Ted.

245
00:16:42,001 --> 00:16:44,586
Tidak dinafikan, dia ada pengalaman,

246
00:16:44,670 --> 00:16:46,880
tapi disebabkan masalahnya
dengan Cik Mercer,

247
00:16:46,964 --> 00:16:50,884
saya memutuskan ia kepentingan biro
untuk tidak melibatkannya.

248
00:16:54,596 --> 00:16:58,475
Tujuh tahun lalu,
Ava Mercer telah membuat aduan rasmi.

249
00:16:59,309 --> 00:17:02,479
Dia mendakwa saya nampak khayal
semasa sesi temu duga,

250
00:17:02,563 --> 00:17:05,607
dia membekalkan maklumat klien
yang dia fikir dalam bahaya.

251
00:17:06,358 --> 00:17:10,237
Dia mendakwa kegagalan saya
untuk mengambil maklumat secara serius

252
00:17:10,320 --> 00:17:12,031
punca kematian klien dia.

253
00:17:12,114 --> 00:17:14,199
Pada ketika itu juga awak…

254
00:17:14,283 --> 00:17:16,869
Ya, puan. Saya ambil dadah ketika itu.

255
00:17:18,495 --> 00:17:20,289
Saya sedar saya tak dapat

256
00:17:20,372 --> 00:17:22,833
membuat pertimbangan yang betul.

257
00:17:24,168 --> 00:17:28,005
Aduannya telah membuatkan saya digantung.

258
00:17:28,088 --> 00:17:29,214
Memang rumit.

259
00:17:29,298 --> 00:17:31,884
Ini bukan soal pembalasan.
Saya tahu cara dia berfikir.

260
00:17:31,967 --> 00:17:33,510
- Dia ada alibi.
- Dia licik.

261
00:17:33,594 --> 00:17:36,555
- Maklumat dia sepadan.
- Saya boleh bantu.

262
00:17:40,309 --> 00:17:42,603
Saya hargai awak ada pengetahuan awal,

263
00:17:43,353 --> 00:17:44,730
tapi awak terlalu rapat.

264
00:17:45,731 --> 00:17:49,151
Ted menerajui Diamond Way.
Biar dia yang kendalikannya.

265
00:17:50,611 --> 00:17:51,695
Baik, puan.

266
00:17:52,279 --> 00:17:53,155
Terima kasih.

267
00:17:57,493 --> 00:18:00,079
Kes awak dah cukup banyak.

268
00:18:01,580 --> 00:18:04,208
Jauhi Mercer. Faham?

269
00:18:04,291 --> 00:18:07,127
Ya. Faham.

270
00:18:10,798 --> 00:18:13,634
Di sini okey. Letakkan dengan yang lain.

271
00:18:14,676 --> 00:18:17,805
Kita perlukan penenggelam haba
dan perlindungan lonjakan.

272
00:18:17,888 --> 00:18:20,891
- Pemancar satelit untuk video.
- Tuliskannya.

273
00:18:20,974 --> 00:18:24,061
Serta PlayStation semasa waktu senggang.

274
00:18:24,144 --> 00:18:25,479
Tulis.

275
00:18:25,562 --> 00:18:26,563
Bagus.

276
00:18:27,606 --> 00:18:30,359
<i>Itu maksud kami</i>
<i>dengan pemindahan ketagihan.</i>

277
00:18:30,943 --> 00:18:33,278
Menggantikan ketagihan
dengan ketagihan lain.

278
00:18:33,362 --> 00:18:36,031
Kita boleh berhenti ambil dadah
dan alkohol,

279
00:18:36,115 --> 00:18:38,951
tapi digantikan dengan seks atau judi.

280
00:18:40,327 --> 00:18:41,870
Jika kita tak belajar,

281
00:18:42,496 --> 00:18:45,833
jika kita masih menyalahkan orang lain,

282
00:18:45,916 --> 00:18:48,335
mudah untuk kembali kepada tabiat lama.

283
00:18:49,378 --> 00:18:52,297
Mari kita akhirinya
dengan doa langkah ketiga.

284
00:18:57,970 --> 00:19:00,681
- Ambil semangat dan nyawaku.
- Nyawaku.

285
00:19:01,390 --> 00:19:05,227
Bimbing saya untuk pemulihan
dan tunjukkan saya cara hidup.

286
00:19:05,727 --> 00:19:07,771
Terima kasih, semua. Jumpa lagi.

287
00:19:16,947 --> 00:19:17,781
Syabas.

288
00:19:21,952 --> 00:19:23,412
Anak awak dah datang?

289
00:19:23,495 --> 00:19:24,496
Lagi dua minggu.

290
00:19:25,330 --> 00:19:26,748
Saya dah baiki sofa.

291
00:19:28,125 --> 00:19:29,626
Saya dan dia sangat teruja.

292
00:19:29,710 --> 00:19:32,796
Peliknya. Saya pun terasa gementar.

293
00:19:33,755 --> 00:19:36,175
Tentu dia suka meluangkan masa
dengan awak.

294
00:19:36,258 --> 00:19:37,217
Saya tahu.

295
00:19:38,177 --> 00:19:41,847
Saya risau saya akan melakukan kesilapan.

296
00:19:47,060 --> 00:19:51,815
Bukankah saya patut mempercayai
diri saya semasa melakukan pemulihan ini?

297
00:19:51,899 --> 00:19:53,901
Sukar untuk mempercayai diri

298
00:19:53,984 --> 00:19:56,403
apabila awak masih terikat
dengan diri lama awak.

299
00:19:57,946 --> 00:19:59,323
Awak kena ambil peluang,

300
00:20:00,240 --> 00:20:02,659
kerana saya yakin awak lebih betul.

301
00:20:05,329 --> 00:20:07,789
Kita tak dapat rangka tindakan
bilik kebal di SLS.

302
00:20:07,873 --> 00:20:09,291
Disebabkan RJ, kita boleh

303
00:20:09,374 --> 00:20:11,126
meneroka saluran paip, pengudaraan

304
00:20:11,210 --> 00:20:13,420
dan sistem elektrik di kawasan sekitar.

305
00:20:16,465 --> 00:20:19,218
- Ya.
- Tak, kalian. Tak susah pun.

306
00:20:21,220 --> 00:20:22,304
Berikan tepukan.

307
00:20:23,722 --> 00:20:25,766
Tak ada apa-apalah.

308
00:20:25,849 --> 00:20:27,851
Baiklah, teruskan kepada sistem air.

309
00:20:28,727 --> 00:20:32,231
<i>Apa yang digunakan untuk menggerakkan air</i>
<i>diasingkan daripada paip utama.</i>

310
00:20:39,196 --> 00:20:43,784
<i>Namun, air kumbahan bersambung</i>
<i>ke saluran pembetung yang boleh dijejaki.</i>

311
00:21:09,726 --> 00:21:12,354
<i>Sistem pengudaraan agak rumit.</i>

312
00:21:12,437 --> 00:21:15,399
<i>Kurang daripada satu kaki lebar,</i>
<i>jadi kami tak dapat masuk,</i>

313
00:21:15,482 --> 00:21:17,317
<i>tapi ia melingkar melalui pejabat SLS.</i>

314
00:21:24,950 --> 00:21:27,411
<i>Bilik kebal itu ada</i>
<i>bekalan elektrik tersendiri,</i>

315
00:21:27,494 --> 00:21:29,788
<i>tapi pejabat di sekitar</i>
<i>guna kuasa bangunan itu.</i>

316
00:21:30,205 --> 00:21:33,709
Maaf, tak sengaja.

317
00:21:44,511 --> 00:21:45,887
Awak pasti itu betul?

318
00:21:48,849 --> 00:21:50,183
Bahagian dalaman bangunan.

319
00:21:50,267 --> 00:21:53,061
Saya boleh nampak
bahagian dalaman, profesor.

320
00:21:53,145 --> 00:21:54,771
Kita tak boleh masuk lubang udara.

321
00:21:54,855 --> 00:21:55,772
Atau tandas.

322
00:21:55,856 --> 00:21:57,733
Atau tandas. Betul.

323
00:21:59,401 --> 00:22:01,278
Di tempat semua sistem bersilang,

324
00:22:02,112 --> 00:22:03,864
- kami nampak…
- Bilik kebal.

325
00:22:04,740 --> 00:22:07,159
Lorong perimeter di sini, pintu di sini,

326
00:22:07,242 --> 00:22:09,870
aci bulat yang turun ke dasar,

327
00:22:09,953 --> 00:22:12,331
dan bahagian ini mewakili peti besi.

328
00:22:12,414 --> 00:22:17,502
Sekarang kita boleh petakan jarak, lokasi,
penggera dan rangkaian keselamatan.

329
00:22:17,586 --> 00:22:20,213
Apa yang nampak macam labah-labah itu?

330
00:22:20,297 --> 00:22:23,467
Jaring elektrik?
Terdapat pendawaian perintang.

331
00:22:23,550 --> 00:22:25,218
Mungkinkah itu sensor suhu?

332
00:22:25,969 --> 00:22:29,014
Ya, itu ialah termistor
dan lihat kawasan di sana.

333
00:22:29,097 --> 00:22:31,725
- Biometrik merata-rata.
- Itu pendawaian.

334
00:22:31,808 --> 00:22:33,685
Jika itu pintu, saya boleh…

335
00:22:40,400 --> 00:22:41,902
Gemuklah nanti.

336
00:22:43,195 --> 00:22:45,405
Anjing kurus buat saya sedih.

337
00:22:49,993 --> 00:22:50,911
Jika penat…

338
00:22:50,994 --> 00:22:54,581
Apabila saya tak berdaya lagi,
bunuhlah saya.

339
00:22:57,501 --> 00:22:59,044
Lama kita tinggal di sini.

340
00:23:08,887 --> 00:23:10,764
Ada banyak lagi bandar lain.

341
00:23:15,894 --> 00:23:18,480
Jika kita nak meregangkan kaki.

342
00:23:22,275 --> 00:23:26,780
Saya meregangkan kaki
apabila membawa anjing berjalan.

343
00:23:28,073 --> 00:23:31,076
Awak boleh potong bawang.

344
00:23:32,869 --> 00:23:33,829
Terima kasih.

345
00:23:34,413 --> 00:23:36,248
Sama-sama, sayang.

346
00:23:41,044 --> 00:23:42,587
Jangan nakal, okey?

347
00:23:49,428 --> 00:23:50,262
Hei!

348
00:23:50,971 --> 00:23:52,389
Jaga anjing awak!

349
00:23:54,891 --> 00:23:56,601
Berambuslah.

350
00:23:56,685 --> 00:24:01,648
Bedebah, jangan main-main, berambuslah.

351
00:24:01,731 --> 00:24:04,568
Bagusnya. Awak cium
mayat suami awak dengan mulut itu?

352
00:24:16,121 --> 00:24:18,123
Jangan datang ke rumah saya.

353
00:24:18,206 --> 00:24:20,375
Kita bercakap di kedai.

354
00:24:20,459 --> 00:24:21,918
Faham, bodoh?

355
00:24:24,421 --> 00:24:26,006
Saya nak bincang bahagian saya.

356
00:24:26,089 --> 00:24:27,257
Bincang dengan Leo.

357
00:24:27,340 --> 00:24:30,844
Tolonglah, kita tahu
siapa yang mengawalnya.

358
00:24:31,761 --> 00:24:34,222
Saya rasa Leo tak lagi begitu.

359
00:24:35,640 --> 00:24:39,936
Ya. Entah-entah kamu berdua cuba
mempermainkan kami.

360
00:24:40,896 --> 00:24:41,813
Mungkin bukan awak.

361
00:24:42,898 --> 00:24:46,776
Tapi tambahan sepuluh peratus
dapat kurangkan rasa sakit hati ini.

362
00:24:46,860 --> 00:24:51,156
Kekalkan saya dan Judy.
Jadikannya berbaloi buat kami.

363
00:24:52,616 --> 00:24:55,035
Saya akan beritahu nilai awak.

364
00:24:57,037 --> 00:24:57,913
Tiada nilai.

365
00:24:58,622 --> 00:25:01,583
Awak pemecah peti besi
yang ada satu tangan.

366
00:25:02,250 --> 00:25:03,793
Awak tak berguna.

367
00:25:04,419 --> 00:25:06,379
Awak wujud hanya untuk menaikkan darah,

368
00:25:07,380 --> 00:25:11,760
apabila awak dikeluarkan,
semua orang akan rasa lebih baik.

369
00:25:12,552 --> 00:25:15,055
Namun, kami perlukan isteri awak,

370
00:25:15,138 --> 00:25:18,850
tapi dia terikat dengan awak.

371
00:25:21,061 --> 00:25:23,605
Jadi, ini yang saya akan berikan…

372
00:25:24,397 --> 00:25:27,400
Sepuluh ribu dan nombor pakar tangan.

373
00:25:28,443 --> 00:25:34,449
Sebagai gantinya,
jangan sesekali datang ke rumah,

374
00:25:35,867 --> 00:25:40,205
blok dan kejiranan saya.

375
00:25:43,375 --> 00:25:45,627
AWAK NAK DATANG KE PERBICARAAN ATAU TAK?

376
00:25:45,710 --> 00:25:46,920
Alamak.

377
00:25:55,053 --> 00:25:57,138
Awak lambat setengah jam. Biasalah.

378
00:25:57,681 --> 00:25:59,140
Peguam Harsha ambil peluang.

379
00:25:59,641 --> 00:26:03,395
"Tak boleh tiba tepat pada masanya,
bagaimana nak jaga budak?"

380
00:26:04,521 --> 00:26:05,355
Mungkin betul.

381
00:26:06,398 --> 00:26:08,733
Tolonglah, jangan salahkan diri awak.

382
00:26:08,817 --> 00:26:11,194
Tak, pandai mereka menyalahkan saya.

383
00:26:11,278 --> 00:26:15,699
Peguam saya telah menguruskannya.
Ia berisiko.

384
00:26:19,286 --> 00:26:21,538
Awak buat apa? Mendengar bebelan saya.

385
00:26:27,627 --> 00:26:28,837
Apa ini?

386
00:26:28,920 --> 00:26:31,298
Pokok sebagai tanda minta maaf.

387
00:26:31,798 --> 00:26:32,632
Untuk apa?

388
00:26:33,967 --> 00:26:34,801
Saya cuma…

389
00:26:36,344 --> 00:26:39,723
Saya nak minta maaf
tentang cara saya uruskan hal Mercer.

390
00:26:39,806 --> 00:26:41,641
Tidak. Saya yang terlebih…

391
00:26:41,725 --> 00:26:43,393
Saya patut lebih berbudi bicara.

392
00:26:44,561 --> 00:26:47,856
Tapi saya mungkin menunjuk-nunjuk sedikit.

393
00:26:50,233 --> 00:26:51,067
Untuk awak.

394
00:26:52,819 --> 00:26:54,279
Itu tidak perlu.

395
00:26:54,863 --> 00:26:55,989
Awak ejen dipercayai.

396
00:26:56,072 --> 00:26:58,241
Sebab itu semua orang mahukan awak.

397
00:27:00,035 --> 00:27:01,786
Awak ejen yang cemerlang.

398
00:27:11,546 --> 00:27:13,882
Terima kasih untuk pokok ini.

399
00:27:14,549 --> 00:27:15,383
Ya.

400
00:27:17,927 --> 00:27:21,473
Jangan risau.
Saya nak letak di bilik simpanan. Saya…

401
00:27:21,556 --> 00:27:23,600
Awak rasa Mercer terlibat?

402
00:27:35,403 --> 00:27:36,237
Okey.

403
00:27:38,740 --> 00:27:39,616
Tunjuklah.

404
00:27:41,159 --> 00:27:41,993
Okey.

405
00:27:46,081 --> 00:27:48,500
- Di luar rumah Ava.
- Jesus, Nazan.

406
00:27:48,583 --> 00:27:49,793
Itu Bob Goodwin.

407
00:27:49,876 --> 00:27:52,045
Dia pemecah peti besi yang handal.

408
00:27:52,128 --> 00:27:55,006
Jika lihat betul-betul,
tangan kanannya cedera.

409
00:27:55,757 --> 00:27:58,468
Okey. Ini bahagian yang menyeronokkan.

410
00:27:58,968 --> 00:28:01,054
Bob berkahwin dengan wanita bernama Judy.

411
00:28:02,055 --> 00:28:05,350
Ayahnya Dr. James Strauss,
seorang profesor kimia.

412
00:28:06,601 --> 00:28:08,937
Dia membawa Judy serata dunia
sampai umurnya 11.

413
00:28:09,020 --> 00:28:10,438
Rekodnya agak bersih

414
00:28:10,522 --> 00:28:13,400
kecuali ada beberapa pemilikan senjata api
secara haram.

415
00:28:13,983 --> 00:28:15,694
Dia suka meletupkan benda.

416
00:28:15,777 --> 00:28:19,197
Saya mencari Bob
dan menemukannya di motel di Queens.

417
00:28:19,280 --> 00:28:21,157
Sepuluh hari sebelum Diamond Way

418
00:28:21,241 --> 00:28:22,450
dan mereka belum keluar.

419
00:28:23,368 --> 00:28:27,038
Perompak biasanya melarikan diri
selepas rompakan, melainkan…

420
00:28:27,122 --> 00:28:28,415
Ada rompakan lagi.

421
00:28:30,291 --> 00:28:32,919
Saksi kata ada enam suspek di Diamond Way?

422
00:28:33,670 --> 00:28:35,171
Mereka bertiga dalangnya.

423
00:28:35,255 --> 00:28:38,925
Rasanya Diamond Way merupakan operasi
untuk mendapatkan dana.

424
00:28:39,008 --> 00:28:42,762
Tapi Helman dan Ted dah puas hati
dengan beberapa orang petuduh.

425
00:28:42,846 --> 00:28:45,640
Jika saya tunjuk bukti ini,
mereka akan tutup kes

426
00:28:45,724 --> 00:28:47,726
dan kata saya yang salah.

427
00:28:47,809 --> 00:28:49,686
Tapi bagus untuk kerjaya awak.

428
00:28:51,563 --> 00:28:54,441
Awak selalu cakap
tentang peraturan dan prinsip.

429
00:28:55,191 --> 00:28:56,025
Ya.

430
00:28:57,277 --> 00:28:58,903
Peraturan memang penting.

431
00:28:59,904 --> 00:29:01,656
Itu saja saya tahu ketika membesar.

432
00:29:01,740 --> 00:29:03,241
Jangan langgar peraturan.

433
00:29:03,324 --> 00:29:05,326
Waktu makan, bekerja dan berdoa.

434
00:29:05,410 --> 00:29:09,080
Gred saya bagus, saya masuk acara larian.
Kahwin lelaki pilihan ibu bapa.

435
00:29:09,664 --> 00:29:13,752
Kehidupan dan keputusan saya bersih.

436
00:29:16,921 --> 00:29:18,381
Selepas 11 September…

437
00:29:19,132 --> 00:29:23,470
Saya nak buktikan
saya bukan seperti mereka.

438
00:29:24,304 --> 00:29:25,513
Jadi, saya menyertai FBI.

439
00:29:26,848 --> 00:29:29,309
Namun, mereka cuma

440
00:29:29,893 --> 00:29:32,645
hantar saya ke masjid
untuk menangkap golongan radikal.

441
00:29:34,147 --> 00:29:36,649
Kedai. Rumah.

442
00:29:41,154 --> 00:29:44,657
Saya menghabiskan empat tahun
memusnahkan banyak kehidupan.

443
00:29:46,159 --> 00:29:49,621
Menjatuhkan mereka yang mirip
dan sama asal usul dengan saya.

444
00:29:50,663 --> 00:29:54,751
Saya cuba mendamaikan perasaan itu,
tapi tak boleh,

445
00:29:54,834 --> 00:29:56,252
jadi saya mula ambil dadah.

446
00:29:57,545 --> 00:29:59,923
Saya patuh untuk rekod bersih.

447
00:30:00,632 --> 00:30:02,133
Untuk jumpa anak saya.

448
00:30:03,426 --> 00:30:05,094
Peraturan penting jika bersebab,

449
00:30:05,178 --> 00:30:06,805
tapi jika sebabnya tak bagus,

450
00:30:06,888 --> 00:30:09,682
ada kalanya awak perlu melanggarnya,

451
00:30:09,766 --> 00:30:12,185
agar perkara yang penting tak musnah.

452
00:30:18,233 --> 00:30:19,150
Nah.

453
00:30:21,486 --> 00:30:22,487
KEROSAKAN SARAF,

454
00:30:22,570 --> 00:30:24,614
TANGAN KANAN TIDAK MUNGKIN PULIH.

455
00:30:28,117 --> 00:30:30,370
Sesetengah orang dilahirkan
untuk dirompak.

456
00:30:30,453 --> 00:30:33,039
- Saya tak rasa bersalah. Menakjubkan.
- Kasihan dia.

457
00:30:33,122 --> 00:30:33,957
Hei, sayang.

458
00:30:35,166 --> 00:30:37,585
- Saya nak pesan bir.
- Ya.

459
00:30:37,669 --> 00:30:41,089
Saya nak daftar masuk ke dalam Yelp

460
00:30:41,172 --> 00:30:43,216
- untuk lada goreng percuma.
- Oh, Tuhan.

461
00:30:43,758 --> 00:30:44,717
Pengguna elit.

462
00:30:47,011 --> 00:30:48,721
Kamu berdua rapat macam belangkas.

463
00:30:49,222 --> 00:30:52,183
Hari yang baik,
kami dapat trak dengan harga murah.

464
00:30:52,809 --> 00:30:56,354
Dia pemilik ladang ayam
dan menggunakannya untuk membawa poltri.

465
00:30:56,437 --> 00:30:58,606
Dia mahu 20,000, tapi saya kenal mereka.

466
00:30:58,690 --> 00:31:01,359
Mereka lembut hati,
saya cakap kami telah berkahwin.

467
00:31:01,442 --> 00:31:03,570
Ya, ayat biasa. Bukan perkara besar.

468
00:31:03,653 --> 00:31:05,572
- Tentu berbaloi.
- Dengar ini.

469
00:31:05,655 --> 00:31:08,783
Jude kata, "Hei, Charlie…"
Itu nama yang kami gunakan.

470
00:31:08,867 --> 00:31:11,703
- Charlie dan Amanda.
- Ya, nama manja. Comelnya.

471
00:31:11,786 --> 00:31:14,789
Dia kata, "Jangan lupa simpan duit
untuk pembedahan Indigo."

472
00:31:14,873 --> 00:31:17,417
Seolah-olah kami ada bayi perempuan atau…

473
00:31:17,500 --> 00:31:20,295
Syabas, kawan!

474
00:31:20,920 --> 00:31:23,506
Saya nak pesan minuman untuk pasangan ini.

475
00:31:23,590 --> 00:31:24,632
Jom keluar dari sini.

476
00:31:24,716 --> 00:31:27,468
Malam perkahwinan okey?
Dapat pecahkan daranya?

477
00:31:29,596 --> 00:31:32,348
Apa? Bukan begitu. Cuma…

478
00:31:32,432 --> 00:31:35,476
Tentu lebih baik berbanding malam
awak masuk penjara.

479
00:31:36,895 --> 00:31:38,313
Dia beritahu semuanya.

480
00:31:38,396 --> 00:31:39,230
Tak, saya…

481
00:31:39,314 --> 00:31:41,482
Satu kali bersetubuh
awak terus jatuh cinta.

482
00:31:41,566 --> 00:31:43,860
- Saya tak cakap begitu.
- Itu sudah lama…

483
00:31:43,943 --> 00:31:45,987
Awak pun sama kerana menyebelahinya.

484
00:31:46,070 --> 00:31:47,572
- Jangan cakap…
- Berambus.

485
00:31:47,655 --> 00:31:48,656
Bob! Apa ini?

486
00:31:49,949 --> 00:31:51,659
Boleh kami dapatkan ais?

487
00:31:52,160 --> 00:31:54,287
- Macam itulah!
- Ayuh! Cuba lagi!

488
00:31:54,370 --> 00:31:56,080
Ya! Macam itulah!

489
00:31:57,707 --> 00:31:59,375
Apa yang awak ada?

490
00:32:00,460 --> 00:32:01,294
Tiada apa-apa!

491
00:32:03,922 --> 00:32:04,881
Maafkan saya.

492
00:32:08,635 --> 00:32:10,637
Jahitan terbuka. Celaka.

493
00:32:13,890 --> 00:32:14,724
Stan!

494
00:32:17,518 --> 00:32:18,353
Stan!

495
00:32:19,938 --> 00:32:22,398
Stan, tunggu. Maafkan saya.

496
00:32:26,235 --> 00:32:27,070
Dia cuma…

497
00:32:27,570 --> 00:32:29,656
Dia cuma nak sakitkan hati awak.

498
00:32:30,531 --> 00:32:31,908
Malam itu, saya…

499
00:32:32,951 --> 00:32:34,285
Tak benar. Saya tak…

500
00:32:34,369 --> 00:32:35,995
Awak perlu uruskannya.

501
00:32:36,663 --> 00:32:38,873
- Saya tahu dia tak guna.
- Bukan Bob.

502
00:32:38,957 --> 00:32:42,126
Saya bercakap tentang diri awak
yang mahu bersamanya.

503
00:32:45,421 --> 00:32:48,007
Sayang, ayuh. Hei, mari sini.

504
00:32:48,633 --> 00:32:49,759
<i>Dengar sini.</i>

505
00:32:50,343 --> 00:32:52,011
Hei! Judy!

506
00:32:52,762 --> 00:32:54,263
Awak nak pukul saya, Bob?

507
00:32:54,347 --> 00:32:57,100
Pukullah! Tunjukkan kejantanan awak!

508
00:32:57,183 --> 00:32:59,102
<i>Dengar sini. Hei.</i>

509
00:32:59,686 --> 00:33:01,270
Beginilah.

510
00:33:02,230 --> 00:33:04,232
Saya mahu beri awak ini

511
00:33:04,857 --> 00:33:07,151
dalam keadaan yang lebih baik, tapi…

512
00:33:10,530 --> 00:33:11,572
Seekor kupu-kupu.

513
00:33:13,282 --> 00:33:14,951
Ya, saya nampak.

514
00:33:20,832 --> 00:33:23,167
Apa masalah awak?

515
00:33:37,056 --> 00:33:39,308
Okey.

516
00:33:39,392 --> 00:33:41,602
Apa gunanya
jika saya tak boleh pecahkan peti?

517
00:33:42,186 --> 00:33:44,063
Mungkin boleh guna tangan kiri.

518
00:33:44,147 --> 00:33:47,358
- Ini bukan segalanya.
- Itu saja yang saya reti buat.

519
00:33:50,486 --> 00:33:51,654
Tak, cuma…

520
00:34:12,717 --> 00:34:15,178
Lelaki ini kembali sebagai Stan Loomis.

521
00:34:15,261 --> 00:34:17,972
Memiliki delikatesen
bernama Ham The Man di Ridgewood.

522
00:34:18,056 --> 00:34:20,767
Tempatnya sah,
tapi dia penyeludup yang ada rekod.

523
00:34:20,850 --> 00:34:23,478
Dia dipenjara
atas dakwaan mengambil dadah,

524
00:34:23,561 --> 00:34:25,521
tapi sejak itu dia telah pulih.

525
00:34:25,605 --> 00:34:28,733
Kita boleh dapatkan senarai pelawat
yang melawatnya.

526
00:34:28,816 --> 00:34:29,692
Bagus.

527
00:34:31,152 --> 00:34:32,236
Baik, mari lihat.

528
00:34:33,696 --> 00:34:37,617
Ibunya, ibunya. Ibunya.

529
00:34:38,951 --> 00:34:40,828
Ini dia. Judy Strauss.

530
00:34:41,412 --> 00:34:43,539
Hei. Bob Goodwin.

531
00:34:43,623 --> 00:34:44,791
Sekali saja.

532
00:34:46,375 --> 00:34:48,002
Tunggu. Washington.

533
00:34:49,003 --> 00:34:52,048
- Bila Loomis keluar?
- Kira-kira enam tahun lalu.

534
00:34:54,342 --> 00:34:57,720
Nak tahu siapa lagi pelawatnya?

535
00:34:57,804 --> 00:35:00,014
- Siapa?
- Ray Vernon.

536
00:35:00,515 --> 00:35:02,391
Klien Ava Mercer dan…

537
00:35:05,394 --> 00:35:07,021
Rakan penjara Stan Loomis.

538
00:35:09,482 --> 00:35:11,400
Saya tersilap tentang Mercer.

539
00:35:11,484 --> 00:35:12,527
Dia tak terlibat?

540
00:35:12,610 --> 00:35:13,903
Dia terlibat.

541
00:35:13,986 --> 00:35:16,614
Dia bukan ketua geng. Cuma pengkomplot.

542
00:35:16,697 --> 00:35:18,074
Ray Vernon dah mati.

543
00:35:18,783 --> 00:35:20,952
Tapi kita selalu syak dia ada rakan.

544
00:35:21,452 --> 00:35:23,663
Barang kemas yang dia rompak lesap.

545
00:35:23,746 --> 00:35:27,125
Mungkin rakannya masih beroperasi
di luar sana.

546
00:35:27,208 --> 00:35:28,918
Kita perlu cari jalan masuk.

547
00:35:29,001 --> 00:35:31,629
Okey. Mari bawa kepada Ted.
Dapatkan ramai orang.

548
00:35:31,712 --> 00:35:34,882
Tidak. Kita perhatikan Mercer,
cari kelemahan dia.

549
00:35:34,966 --> 00:35:36,175
Dia ada kelemahan?

550
00:35:37,009 --> 00:35:38,386
Semua orang ada kelemahan.

551
00:35:43,266 --> 00:35:44,100
Okey.

552
00:35:44,934 --> 00:35:45,768
Saya…

553
00:35:47,770 --> 00:35:49,438
tak boleh menolak.

554
00:35:52,567 --> 00:35:53,609
Awak faham?

555
00:35:59,991 --> 00:36:02,285
Bukannya saya…

556
00:36:04,203 --> 00:36:06,247
tak mahu, cumanya…

557
00:36:08,666 --> 00:36:10,084
Kita tak boleh.

558
00:36:15,131 --> 00:36:17,049
Ada kalanya kita perlu melanggarnya.

559
00:36:29,061 --> 00:36:29,937
Okey.

560
00:36:32,899 --> 00:36:33,774
Mari…

561
00:36:36,110 --> 00:36:37,320
Mari sambung kerja.

562
00:36:41,782 --> 00:36:43,451
Dah dapat?

563
00:36:46,871 --> 00:36:47,705
Berita baik.

564
00:36:47,788 --> 00:36:50,458
Kami jumpa replika peti besi
yang mereka guna.

565
00:36:50,541 --> 00:36:51,959
Ya, biar saya pecahkan.

566
00:36:52,043 --> 00:36:55,421
Berita buruk.
Ia harus diputarkan serentak.

567
00:36:59,091 --> 00:37:02,595
Mungkin saya boleh dapatkan oksipetrol
atau tunu plasma.

568
00:37:02,678 --> 00:37:04,513
Tinggi karbon. Makan masa berjam-jam.

569
00:37:05,514 --> 00:37:06,933
Ikut suka awak.

570
00:37:10,311 --> 00:37:11,562
Bukankah Stan dengan awak?

571
00:37:18,402 --> 00:37:19,237
Ya.

572
00:37:20,947 --> 00:37:22,114
Ya, baiklah.

573
00:37:23,824 --> 00:37:26,577
<i>Hei, ada masalah. Kita perlu berjumpa.</i>

574
00:37:27,954 --> 00:37:31,791
<i>Tengah malam. Jangan lambat. Okey.</i>

575
00:37:39,840 --> 00:37:40,716
- Hei.
<i>- Hei.</i>

576
00:37:40,800 --> 00:37:42,385
<i>Ada perbualan di mikrofon.</i>

577
00:37:42,468 --> 00:37:45,554
Mercer akan berjumpa kenalan di Bushwick.
Bogart dan Johnson.

578
00:37:45,638 --> 00:37:46,597
<i>Kenapa dia datang?</i>

579
00:37:46,681 --> 00:37:49,016
Cuma ada rumah penyembelihan
dan galeri seni.

580
00:37:49,100 --> 00:37:53,312
Beli ayam dan mozek.
Entah. Pada tengah malam.

581
00:37:53,396 --> 00:37:56,274
Baik, jom beli makan malam
dan perhatikan mereka.

582
00:37:56,357 --> 00:37:59,193
Saya perlu berada di Bronx
untuk kecemasan Ted.

583
00:37:59,277 --> 00:38:00,653
Ini kecemasan.

584
00:38:00,736 --> 00:38:02,863
<i>Tapi saya tak boleh beritahu Ted.</i>

585
00:38:04,073 --> 00:38:05,491
Saya akan beritahu dia.

586
00:38:05,574 --> 00:38:07,702
Mesej butirannya. Saya akan pergi sendiri.

587
00:38:07,785 --> 00:38:08,744
<i>Tunggu, Nazan.</i>

588
00:38:10,496 --> 00:38:11,497
Jika ini perangkap?

589
00:38:13,749 --> 00:38:16,335
Malangnya awak tak boleh selamatkan saya.

590
00:39:26,906 --> 00:39:29,075
- Jumpa sesuatu awak suka?
- Tidak.

591
00:40:33,389 --> 00:40:34,390
Lepaskan saya!

592
00:40:34,932 --> 00:40:36,058
Awak nak ke mana?

593
00:40:36,142 --> 00:40:37,643
Ke tepi!

594
00:40:43,274 --> 00:40:44,900
Celaka! Ava!

595
00:40:44,984 --> 00:40:47,278
Ava, berhenti!

596
00:40:47,361 --> 00:40:48,821
Angkat tangan awak!

597
00:40:55,369 --> 00:40:56,454
Lepaskan saya!

598
00:40:57,079 --> 00:40:58,289
Lepaskan saya!

599
00:40:58,873 --> 00:41:01,667
- Awak ada senjata lain?
- Saya ejen FBI, dungu!

600
00:41:01,750 --> 00:41:02,918
Jangan bergerak.

601
00:41:03,502 --> 00:41:06,380
Travis. Apa ini?

602
00:41:09,049 --> 00:41:10,050
Awak ditahan.

603
00:41:10,551 --> 00:41:12,261
<i>Awak tak patut cari pasal.</i>

604
00:41:12,344 --> 00:41:15,097
<i>Saya tak cari pasal. Saya menghapuskannya.</i>

605
00:41:15,598 --> 00:41:16,807
<i>Awak pasti?</i>

606
00:41:17,349 --> 00:41:19,894
Tunggu masa sebelum dia merungkainya.

607
00:41:19,977 --> 00:41:22,188
<i>Apa? Awak nak hentikan operasi?</i>

608
00:41:23,230 --> 00:41:25,232
Tak. Dah terlalu dekat.

609
00:41:25,774 --> 00:41:28,861
Kita berhati-hati.
Ambil langkah berjaga-jaga.

610
00:41:28,944 --> 00:41:30,821
Kita telah pun buat begitu.

611
00:41:35,117 --> 00:41:36,076
Apa rancangannya?

612
00:41:40,748 --> 00:41:41,582
Saya.

613
00:41:43,167 --> 00:41:44,001
Tidak.

614
00:41:44,543 --> 00:41:47,505
<i>Dengar sini, jika saya tarik diri,</i>

615
00:41:47,588 --> 00:41:50,090
Abbasi tak boleh dakwa awak,

616
00:41:51,091 --> 00:41:53,636
awak boleh selesaikan
apa yang awak mulakan.

617
00:42:00,017 --> 00:42:00,851
Okey.

618
00:42:05,689 --> 00:42:06,982
Dengar sini, Gene…

619
00:42:07,066 --> 00:42:08,484
Saya faham. Dengar sini.

620
00:42:08,567 --> 00:42:11,695
Jelaskan kepada hakim
ini biasa dalam bidang saya.

621
00:42:11,779 --> 00:42:13,489
Saya…

622
00:42:13,572 --> 00:42:16,200
Tidak. Tidak boleh. Saya tidak didakwa!

623
00:42:16,283 --> 00:42:18,744
Mereka tak boleh ambil hak penjagaan.

624
00:42:19,703 --> 00:42:21,872
Saya sangat tenang, saya…

625
00:42:21,956 --> 00:42:25,334
Ya. Okey. Boleh awak telefon saya semula?

626
00:42:27,503 --> 00:42:28,671
Matilah saya.

627
00:43:00,160 --> 00:43:01,245
Bertenang.

628
00:43:10,254 --> 00:43:12,339
Hai, Te-Te. Saya dah sampai.

629
00:43:24,143 --> 00:43:24,977
Te-Te?

630
00:43:36,071 --> 00:43:37,197
Teresa?

631
00:44:12,441 --> 00:44:14,193
Mereka ambil hak penjagaan.

632
00:44:14,985 --> 00:44:16,028
Awak tiada hak.

633
00:44:18,947 --> 00:44:21,283
- Tapi ada kemungkinan.
- Di mana dia?

634
00:44:32,795 --> 00:44:34,963
Awak mahir selok-belok birokrasi,

635
00:44:35,047 --> 00:44:37,883
tak sangka awak tak jadikan
dia warganegara.

636
00:44:38,759 --> 00:44:42,596
Dia mencari arnab kecilnya.

637
00:44:44,973 --> 00:44:47,601
Semasa saya kecil,

638
00:44:49,228 --> 00:44:52,314
saya sukar ditangkap.

639
00:44:55,609 --> 00:44:56,694
Dia saudara awak?

640
00:44:57,945 --> 00:44:59,029
Dia penjaga saya.

641
00:44:59,780 --> 00:45:03,367
Dia membantu saya lari dan menjaga saya.

642
00:45:04,535 --> 00:45:06,078
Fikirkannya. Wanita seusianya

643
00:45:06,161 --> 00:45:09,289
dihantar pulang ke negara
yang tak dilihatnya selama 40 tahun.

644
00:45:09,373 --> 00:45:11,834
Seorang diri, tiada keluarga.

645
00:45:13,502 --> 00:45:15,379
Mujurlah kerajaan semakin baik.

646
00:45:16,672 --> 00:45:18,882
Awak rasa mereka bagus?

647
00:45:19,800 --> 00:45:20,759
Ada yang mencuba.

648
00:45:21,260 --> 00:45:22,094
Yang mana?

649
00:45:23,053 --> 00:45:25,973
Sepanyol, di tempat Franco membunuh
sepupu saya?

650
00:45:27,683 --> 00:45:32,062
Argentina, tempat Videla lenyapkan
ibu bapa saya?

651
00:45:33,981 --> 00:45:35,232
Atau di Amerika Syarikat

652
00:45:35,941 --> 00:45:39,987
dengan ejen yang menculik wanita tua
demi kepentingan mereka?

653
00:45:40,070 --> 00:45:42,781
Saya tak culik sesiapa. ICE tangkap dia.

654
00:45:42,865 --> 00:45:44,324
Mereka jalankan tugas.

655
00:45:46,410 --> 00:45:47,327
Ini cara awak?

656
00:45:48,746 --> 00:45:49,913
Saya tidur lena.

657
00:45:49,997 --> 00:45:51,623
Keluarga awak?

658
00:45:51,707 --> 00:45:53,333
Lebih bagus daripada Teresa.

659
00:45:59,131 --> 00:46:01,049
Saya ada kawan di ICE.

660
00:46:01,133 --> 00:46:02,843
Mereka boleh tolong.

661
00:46:04,094 --> 00:46:06,555
Teresa dijadualkan untuk perbicaraan

662
00:46:06,638 --> 00:46:09,767
dan penerbangan ke luar negara
seawal minggu depan,

663
00:46:10,893 --> 00:46:12,311
melainkan saya halang.

664
00:46:15,355 --> 00:46:16,648
Awak nak apa?

665
00:46:17,691 --> 00:46:18,859
Awak jadi informan.

666
00:46:20,235 --> 00:46:21,361
Saya tiada maklumat.

667
00:46:21,445 --> 00:46:22,571
Saya tak percaya.

668
00:46:23,155 --> 00:46:25,866
Kalau ya, saya nak awak jadi pengkhianat.

669
00:46:26,450 --> 00:46:30,704
Berlian bernilai beratus-ratus ribu
bukan matlamat akhir untuk kru awak.

670
00:46:30,788 --> 00:46:33,916
Kru? Apa maksud awak?

671
00:46:33,999 --> 00:46:37,336
Bob Goodwin. Stan Loomis. Judy Strauss.

672
00:46:37,419 --> 00:46:39,171
Saya boleh soal mereka.

673
00:46:39,254 --> 00:46:41,340
Awak pula akan terabai.

674
00:46:41,965 --> 00:46:43,217
Teresa…

675
00:46:49,932 --> 00:46:52,726
Mereka tahu saya telah dikompromi.

676
00:46:53,769 --> 00:46:56,313
Saya telah mengundur diri.

677
00:46:56,396 --> 00:46:59,399
Kita berdua tahu awak boleh masuk semula.

678
00:47:04,321 --> 00:47:06,073
Tunjuk saya cara untuk hidup.

679
00:47:07,699 --> 00:47:10,160
Baiklah. Terima kasih, semua.

680
00:47:10,244 --> 00:47:13,413
Saya nak kamu tahu
betapa beraninya kamu hari ini.

681
00:47:31,014 --> 00:47:31,849
Hei.

682
00:47:33,308 --> 00:47:34,935
Kenapa? Saya bergegas datang.

683
00:48:45,380 --> 00:48:46,548
Saya nak masuk semula.

684
00:50:37,409 --> 00:50:42,414
Terjemahan sari kata oleh Shazreena

